22 belia OA terima vaksin dos pertama di HOAG

23 Ogos 2021. 
 
Pada hari ini, seramai 22 orang belia Orang Asli dari beberapa buah kampung pedalaman telah menerima vaksinasi Covid-19 dos pertama mereka di sPPV HOAG. 
 
Para belia ini merupakan para pelatih renjer Perhilitan. 
 
Mereka berasal dari Kg. Sampedak Pos Belatim, Kg. Bering dan Kg. Kuala Woh Pos Pasik, Kg. Gob Pos Gob, Pos Bihai dan Kg. Sahom Kampar.
 
Syabas diucapkan kepada mereka semua. 
 
Semoga selepas ini, lebih ramai masyarakat Orang Asli pedalaman yang akan menerima vaksinasi Covid-19.
 
Kemaskini Terakhir : 24 / 08 / 2021 08:21 AM