Penggambaran berkaitan tarian dan nyanyian Kumpulan Seletar Laut di Kg. Orang Asli Sg. Temun, Johor Bahru

Hari ni admin bersama Timbalan Pengarah JAKOA Johor dan Pegawai Kemajuan Orang Asli Johor Bahru telah pergi ke Kg. Orang Asli Sg. Temun di JB.

Tujuan ke sana adalah untuk bersama-sama pihak RTM mengadakan penggambaran berkaitan tarian dan nyanyian Kumpulan Seletar Laut yang terkenal dengan lagu Ketam Bangkang serta beberapa lagu kebudayaan yang lain. Sungguh unik dan hebat!

Kalau ada yang tak pernah lihat persembahan mereka boleh lah datang berkunjung ke kampung ini.
Admin kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Kalau ada yang mahu berkunjung boleh lah menghubungi JAKOA Daerah JB di talian 07-2267627.

Terima kasih
#jakoajohorsayangsemua
#orangaslijohor
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Kemaskini Terakhir : 7 / 01 / 2020 02:05 PM