43 Peratus Orang Asli Lengkap Vaksin

ISKANDAR PUTERI, 25 Sept – Seramai 74,096 daripada 144,180 individu atau 43 peratus dalam kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh negara yang layak menerima vaksin telah lengkap vaksinasi Covid-19 mereka setakat semalam.
 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa), Sapiah Mohd. Nor berkata, bagaimanapun, proses pemberian suntikan vaksinasi kepada masyarakat Orang Asli sedang giat dijalankan serentak di seluruh negara.
 
Katanya, pemberian vaksin kepada Orang Asli meliputi suntikan dua dos seperti Pfizer dan juga suntikan satu dos iaitu CanSino.
 
“Program pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat Orang Asli masih terus berjalan dan jika diambil kira pelaksanaannya hari ini, saya yakin kita boleh mencapai jumlah lebih 50 peratus yang telah divaksin.
 
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 10 / 2021 09:32 AM