445 Keluarga Komuniti Orang Asli Daerah Kota Tinggi Terima Sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

445 KELUARGA KOMUNITI ORANG ASLI DAERAH KOTA TINGGI TERIMA SUMBANGAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR
 
Lima buah kampung di daerah Kota Tinggi yang terdiri daripada Komuniti Orang Asli menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
 
Sumbangan disampaikan kepada penerima oleh Encik Mohd Anizam bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ disaksikan oleh Mohd Fadhil Khosnan, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kota Tinggi dan Majid bin Jantan, Tok Batin KOA Sayong Pinang.
 
Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Balairaya Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi pada 12 Mei lepas.
Kemaskini Terakhir : 16 / 05 / 2024 04:49 PM