86 Peratus Kemudahan Asas Disediakan di Kampung Orang Asli

Kuantan: Hampir 86 peratus kemudahan asas membabitkan jalan, air dan elektrik disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kampung Orang Asli (KOA) di negeri ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, di Pahang, sebanyak 266 KOA di Pahang direkodkan dan sebahagian besar daripadanya menerima kemudahan asas itu.
 
“Namun begitu masih terdapat beberapa perkampungan yang tiada kemudahan asas kerana faktor lokasi, geografi dan status tanah.
 
Sumber :
Kemaskini Terakhir : 16 / 05 / 2024 04:17 PM