900 Orang Asli Terima Bantuan Banjir

TANJUNG MALIM, 26 Mei – Kerajaan Perak sedang menyampaikan bantuan termasuk bekalan air kepada penduduk Kampung Poh, Bidor yang terjejas akibat banjir kilat semalam.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bekalan air di kampung itu terputus kerana masalah tekanan air rendah.
Saarani memaklumkan bantuan segera termasuk bekalan makanan bermasak turut disampaikan kepada lebih 900 penduduk Orang Asli melibatkan lima kampung di Pos Jernang, Sungkai.
Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran akan membina rancangan tebatan banjir di kawasan Felda Trolak sebaik menerima peruntukan bagi mengelak banjir berulang dan menjalankan kerja mendalamkan Sungai Bidor bermula dari Teluk Intan.
Sumber: BERNAMA
 
Kemaskini Terakhir : 27 / 06 / 2022 12:22 PM