Pengenalan
Isu kekurangan prasarana di perkampungan Orang Asli, kadar kemiskinan yang tinggi, isu pendidikan dan perubahan minda dalam kalangan masyarakat Orang Asli merupakan isu utama yang sering diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Justeru itu, usaha-usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli telah menjadi fokus utama JAKOA menerusi Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (PSE) yang menjadi ‘Focal Point’ untuk mencapai matlamat dan menentukan semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat Orang Asli serta mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum.
Pencapaian tahun 2019
Bahagian Pembangunan Sosioekonomi telah menyusun strategi dan rangka pembangunan yang inklusif dan lebih. Bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat Orang Asli, bahagian ini telah menyelaras sejumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan meliputi program/projek teras seperti berikut.
Jadual : Pecahan agihan peruntukan pembangunan sosioekonomi bagi tahun 2019
Bil. | Nama Program/Projek | Peruntukan (RM) |
1. | Pengambilan balik tanah/ukur | 143,3554.20 |
2. | Program Pembangunan Bersepadu Sungai Siput, Perak | 10,632,700.00 |
3. | Pembinaan Cascade dan Monsoon Drain serta peralatan dewan surau dan tadika di Sg Ruil, Cameron Highland | 5,365,500.00 |
4. | Program Pembangunan Infrastruktur Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia | 22,634,500.00 |
5. | Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Gua Musang Kelantan | 3,500,000.00 |
6. | Program Pembangunan Ekonomi | 19,280,600.00 |
7. | Program Pembangunan Usahawan | 1,000,000.00 |
8. | Projek Bekalan Air Terawat di Perkampungan Orang Asli | 10,000,000.00 |
Jumlah | 73,846,854.20 |
9. | Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) -PPRT | 6,700,000.00 |
Jumlah | 6,700,000.00 | |
Jumlah Keseluruhan | 80,546,854.20 |
Projek Ukur Keliling Tanah Penempatan Orang Asli/ Pengambilan Tanah (PBT)
Skop projek melibatkan urusan permohonan pemilikan tanah Kerajaan Negeri untuk dijadikan milik Kerajaan Persekutuan yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan digunakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia selaku agensi pengguna. Di samping itu, skop projek juga melibatkan urusan pengambilan tanah berdaftar milik individu melalui proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) dan selaras dengan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Disemak 1974). Tujuan pengambilan adalah untuk digunakan sebagai kawasan penempatan dan pembangunan khusus untuk masyarakat Orang Asli. Skop projek diperluaskan kepada urusan mengukur tanah kawasan penempatan Orang Asli bagi penyediaan Pelan Pelbagai dan Pelan Akui (PA) untuk tujuan perancangan pembangunan tanah dan permohonan kelulusan pewartaan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli atau Rizab Orang Asli di bawah Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Disemak 1974).
Sejumlah RM1,500,000.00 telah diperuntukkan pada tahun 2019 bagi tujuan melaksanakan projek Pengambilan Balik Tanah/Ukur dan sebanyak RM1,433,554.20 (95.6%) telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja ukur 9 lokasi kawasan penempatan Orang Asli di 4 buah negeri melibatkan keluasan tanah seluas 675.77 hektar untuk manfaat seramai 1702 Ketua Isi Rumah (KIR)
Jadual : Prestasi Perbelanjaan dan Pencapaian Fizikal Projek Kerja Ukur Keliling mengikut Negeri bagi tahun 2019
Prestasi Perbelanjaan |
Prestasi Fizikal |
||||
Bil. |
Negeri |
Perbelanjaan (RM) |
KIR |
Luas (Hektar) |
Bil. Kampung |
1. |
Pahang |
717,300.04 |
|
77.44 |
2 |
2. |
Selangor |
– |
|
– |
– |
3. |
N. Sembilan |
– |
|
– |
– |
4. |
Melaka |
183,503.79 |
|
85.23 |
3 |
5. |
Perak |
467,834.97 |
|
477.6998 |
3 |
6. |
Kelantan |
64,915.40 |
|
35.41 |
1 |
Jumlah |
143,3554.20 |
|
675.77 |
9 |
Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 melibatkan 28 perkampungan Orang Asli di Sungai Siput, Perak dengan jumlah penduduk seramai 4, 300 orang. Perancangan bagi pembangunan di kawasan ini melibatkan lima penempatan utama iaitu Kampung Bawong, Pos Perwor, RPS Legap, Pos Yum dan Pos Kuala Mu.
Unit Perancang Ekonomi, JPM telah meluluskan kertas konsep pembangunan perkampungan Orang Asli Sungai Siput (U) berdasarkan pendekatan bersepadu dan komprehensif yang merangkumi komponen seperti berikut:
iii. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT);
vii. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan; dan
viii. Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Bawong (Mini RTC) merangkumi komponen berikut masjid, sekolah menengah, dewan orang ramai, kompleks perniagaan dan terminal pengangkutan awam darat.
Jadual : Projek – projek fizikal yang telah siap pada tahun 2019
Bil. |
Projek |
Kos (RM) |
Tarikh |
1. |
Masjid |
1,621,027.50 |
21 Jun 2014 |
2. |
Sekolah |
26,683,170.95 |
30 Jun 2016 |
3. |
Menaiktaraf |
27,270,653.04 |
20 Februari 2017 |
4. |
Menaiktaraf |
23,747,666.73 |
17 November 2016 |
5. |
Menaiktaraf |
16,483,396.21 |
22 Julai 2016 |
6. |
Pembinaan |
4,000,000.00 |
31 Disember 2014 |
Pada tahun 2019, sebanyak RM4,994,136.54 telah dibelanjakan bagi pembayaran kemajuan projek yang sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti pembinaan jalan perhubungan dan pembinaan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC). Projek pembinaan OAOSC dijangkakan akan dapat disiapkan pada awal tahun 2020.
Program Pembangunan Infrastruktur di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia
Program pembangunan ini meliputi komponen pembinaan jalan perhubungan, pembinaan rumah PPRT dan penyediaan kemudahan bekalan elektrik di perkampungan Orang Asli. Program ini dilaksanakan secara khusus bagi menangani isu-isu ketiadaan kemudahan asas di kawasan perkampungan Orang Asli diseluruh Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2019, sebanyak RM9,063,169.00 peruntukan telah diluluskan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan pembayaran melibatkan perbelanjaan sebanyak RM8,859,334.57 (97.75%) dan pecahan peruntukan dan perbelanjaan mengikut negeri dan agensi adalah seperti berikut.
Jadual : Program Pembangunan Infrastruktur Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia bagi tahun 2019
Bil. |
Negeri |
Peruntukan (RM) |
Perbelanjaan (RM) |
Peratus (%) |
1. |
Ibu Pejabat |
1,762,200.71 |
1,762,200.71 |
100.00 |
2. |
Johor |
542,941.00 |
486,022.00 |
89.52 |
3. |
N.Sembilan/Melaka |
850,000.00 |
849,944.00 |
99.99 |
4. |
Pahang |
547,803.59 |
547,035.59 |
99.86 |
5. |
Selangor |
223,493.45 |
223,493.45 |
100.00 |
6. |
Perak |
1,121,424.55 |
1,121,424.55 |
100.00 |
7. |
Kelantan |
2,065,810.64 |
1,919,719.21 |
92.93 |
8. |
Jabatan Kerja Raya |
1,949,495.06 |
1,949,495.06 |
100.00 |
Jumlah |
9,063,169.00 |
8,859,334.57 |
97.75 |
Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Gua Musang Kelantan
EPU telah meluluskan pelaksanaan program ini berdasarkan kejayaan pelaksanaan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak. Program ini dilaksanakan pada tahun 2017 sehingga tahun 2023, bertujuan untuk menyediakan kemudahan prasarana dan ekonomi secara bersepadu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di Daerah Gua Musang, Kelantan. Sebanyak 68 buah kampung dengan 7,150 jumlah penduduk terlibat dengan program pembangunan ini.
Skop projek merangkumi komponen berikut;
i. Projek Jalan Perhubungan;
ii. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB);
iii. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT);
iv. Projek Ekonomi (tanaman getah, koko dan tanaman kontan);
viii. Pembangunan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) merangkumi komponen seperti dewan orang ramai, kompleks perniagaan dan terminal pengangkutan awam darat.
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Program bantuan rumah kepada masyarakat Orang Asli oleh JAKOA sehingga kini masih belum diluluskan oleh MEA untuk dilaksanakan. Sebelum tahun 2018 JAKOA Terdapat keperluan yang semakin meningkat khususnya di negeri Pahang, Perak, dan Kelantan untuk pembinaan rumah baharu setiap tahun
Pada tahun 2019 JAKOA telah diberi kuota sebanyak 120 unit bagi bina baharu rumah manakala 55 unit bagi baikpulih rumah di perkampungan Orang Asli. Walau bagaimanapun KPLB telah melantik GIATMARA sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) peruntukan yang di peruntukan adalah berjumlah RM 6.7 juta. Sumber peruntukan yang diterima adalah seperti di bawah :
Jadual : Prestasi Perbelanjaan dan Pencapaian Fizikal PPRT di bawah Peruntukan KPLB sepanjang tahun 2019
Bil. |
Negeri |
Skop (Unit) |
|
Bina |
Baik |
||
1. |
Pahang |
40 |
10 |
2. |
Perak |
30 |
15 |
3. |
Negeri Sembilan |
10 |
5 |
4. |
Selangor |
10 |
5 |
5. |
Johor |
10 |
5 |
6. |
Kelantan & Terengganu |
20 |
15 |
Jumlah |
120 |
55 |
Program Pembangunan Ekonomi
Berdasarkan kepada teras kedua Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu membasmi kemiskinan tegar dan membantu mengurangkan separuh kadar kemiskinan, JAKOA telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan ekonomi yang berdaya maju dan program keusahawanan hasil yang mempunyai nilai pasaran.
Antara projek-projek pembangunan ekonomi yang dilaksanakan ialah projek ladang komersial dengan kerjasama agensi RISDA/ FELCRA, ladang masyarakat, tanaman kontan jangka pendek, ternakan dan pembangunan usahawan menerusi bantuan kelengkapan premis perniagaan dan program keusahawanan.
Jadual : Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan Ekonomi mengikut Negeri bagi tahun 2019
Bil. |
Negeri |
Peruntukan |
Perbelanjaan |
Peratus (%) |
1. |
Johor |
|
|
53.37 |
2. |
Kelantan |
|
|
89.57 |
3. |
N.Sembilan & Melaka |
|
|
62.50 |
4. |
Pahang |
|
|
76.25 |
5. |
Perak |
|
|
98.15 |
6. |
Selangor |
|
|
37.40 |
7. |
Ibu Pejabat |
– |
|
100 |
Jumlah |
19,280,600.00 |
19,011,727.30 |
98 |
Jadual : Ringkasan Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli bagi tahun 2019
Bil. |
Projek |
Bil. Projek |
Bil. Peserta |
Pencapaian (Unit) |
Perbelanjaan (RM) |
1. |
Projek Tanam Semula Komersial Orang Asli (TSK OA) |
13 |
1,120 |
|
14,882,239.00
|
2. |
Projek Ladang Masyarakat |
27 |
1285 |
|
3,049,929.00
|
3. |
Hands Holding |
19 |
72 |
|
580,933.60
|
4. |
Pengembangan Pertanian |
2 |
70 |
|
15,373.00
|
6. |
Program Agro Pelancongan (ADS1M) |
– |
– |
|
– |
7. |
Bantuan Input Pertanian |
26 |
468 |
|
585,245.60
|
Jumlah |
87 |
3,015 |
|
19,113,720.20 |
Unit Pertanian dan Perladangan menjalankan projek-projek pembangunan ladang dengan tanaman komoditi getah dan kelapa sawit secara komersial dengan outcomes melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perladangan dan telah menghasilkan pendapatan tambahan melalui bayaran dividen serta upah kerja. Skop projek merangkumi pembangunan ladang baru dan pembinaan infrastruktur ladang melibatkan rakan sinergi dari agensi RISDA dan FELCRA.
Pada tahun 2019, unit ini telah diperuntukkan sejumlah RM 17,309,807.00 untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan ladang TSK dan infrastruktur ladang melalui agensi RISDA. Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan dividen kumpulan sasar melalui hasil projek ladang dan menambah peluang pekerjaan di kawasan penempatan Orang Asli.
Prestasi Sub-Projek Pembangunan Ladang Getah Melalui Pendekatan Projek Pembangunan Ladang Masyarakat
Projek Pembangunan Ladang Masyarakat diimplementasikan sebagai projek perintis yang berasaskan konsep perladangan dengan upah berinsentif (incentive wage concept) kepada Masyarakat Orang Asli yang masih dibelenggu dengan isu kemiskinan dan taraf sosioekonomi yang rendah. Konsep perladangan baru ini direncanakan khas bagi memastikan peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan sasaran seperti yang dirancang dengan penumpuan terhadap tanaman getah.
Pada tahun 2019, Unit ini telah menerima peruntukan sebanyak RM1,937,755.89 dan telah dibelanjakan 95.98% bagi melaksanakan Projek Ladang Masyarakat Orang Asli (PLMOA) yang berteraskan penanaman pokok getah dengan objektif untuk melahirkan pekebun-pekebun kecil getah dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan seterusnya meningkatkan sumber ekonomi mereka
Jadual : Prestasi Fizikal dan Perbelanjaan Projek Pembangunan Ladang Masyarakat Mengikut Negeri bagi tahun 2019
Bil. |
Negeri |
Maklumat |
Peruntukan (RM) |
Perbelanjaan |
||
Bil. Projek |
Bil. KIR |
Bil. Hektar |
||||
1. |
Johor |
1 |
10 |
5.66 |
15,000.00 |
14,920.00 |
2. |
Negeri |
6 |
69 |
92.26 |
155,750.00 |
127,199.90 |
3. |
Pahang |
6 |
676 |
767.5 |
1,818,710.00 |
1439399.00 |
4. |
Perak |
6 |
169 |
205.17 |
316,200.00 |
309,499.00 |
5. |
Selangor |
1 |
40 |
16.90 |
60,000.00 |
56,480.00 |
6. |
Kelantan |
7 |
321 |
427.36 |
1,406,120.00 |
1102431.10 |
Jumlah |
27 |
1285 |
1,514.85 |
3,771,780.00 |
3,049,929.00 |
Program Pembangunan Keusahawanan Orang Asli
Program Pembangunan Usahawan JAKOA dilaksanakan untuk mewujudkan golongan usahawan Orang Asli yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan. Fokus utama dalam Pembangunan Keusahawanan adalah untuk membantu usahawan Orang Asli mengembangkan perniagaan mereka. Skop bantuan yang diberikan secara geran adalah berbentuk premis perniagaan, peralatan perniagaan/ pertanian/ penternakan, kursus, termasuk ubah suai bangunan/ premis perniagaan. Bantuan yang diberi dalam bentuk peralatan perniagaan adalah pembelian mesin dan alatan yang bersesuaian dengan bidang perniagaan yang diceburi seperti kedai runcit, kedai makan, kedai jahit, bengkel kenderaan, kafe siber, kedai kraftangan dan lain-lain.
Program ini bermatlamat membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan seiring dengan dasar Kerajaan melahirkan lebih ramai golongan M40. Disamping itu, JAKOA turut melaksanakan program bimbingan seperti kursus, latihan dan pameran dan jualan produk bagi mempromosi produk keluaran usahawan Orang Asli.
Bimbingan Usahawan
Pada tahun 2019, sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukkan bagi pembinaan premis perniagaan dan bantuan peralatan kepada usahawan di negeri-negeri seperti berikut.
Jadual : Prestasi Perbelanjaan bagi Projek Pembinaan dan Bantuan Peralatan bagi tahun 2019
Bil. |
Negeri |
Peruntukan (RM) |
Perbelanjaan (RM) |
Peratus (%) |
Bil. Peserta |
1. |
Pahang |
200,000.00 |
215,000.00 |
107.50% |
11 |
2. |
Perak & |
200,000.00 |
98,000.00 |
49% |
10 |
3. |
Selangor & WP |
150,000.00 |
102,000.00 |
68% |
7 |
4. |
N. Sembilan & Melaka |
150,000.00 |
105,000.00 |
70% |
12 |
5. |
Johor |
150,000.00 |
106,120.00 |
70.74% |
7 |
6. |
Kelantan |
150,000.00 |
45,000.00 |
30% |
7 |
Jumlah |
1,000,000.00 |
671,120.00 |
67.11% |
54 |
Kursus dan Latihan Keusahawanan
Sebanyak enam (6) jenis kursus telah dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Usahawan, JAKOA Ibu Pejabat sepanjang tahun 2019. Peserta adalah terdiri daripada usahawan, ahli lembaga koperasi Orang Asli dan belia/beliawanis Orang Asli. Antara kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut.
Jadual : Kursus dan Latihan Usahawan bagi tahun 2019
Bil. |
Nama Kursus / Latihan / Lokasi |
Tarikh |
Bil. Peserta |
1. |
Seminar Awarness Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Di Pusat Latihan Damansara Damai |
26-27 Mei 2019 |
70 |
2. |
Kursus asas pembuatan coklat tangan Di Pusat Latihan Damansara Damai |
13-15 Ogos 2019 |
40 |
3. |
Latihan e-Perolehan kepada pembekal Di Bilik Mesyuarat Tingkat 20, Jabatan Kemajuan Orang Asli KL |
30 Sep – 1 Okt 2019 |
30 |
4. |
Latihan Digital Smart Tourism Di Sungai Lembing, Pahang |
15-17 November 2019 |
1 |
5. |
Latihan Digital Smart Tourism Di Kualamu, Perak |
19-21 November 2019 |
1 |
6. |
Latihan Digital Smart Tourism Di KOA, Bukit Kepong, Port Dickson |
24-26 November 2019 |
1 |
Pameran dan Promosi Usahawan Orang Asli
Sepanjang tahun 2019, usahawan Orang Asli telah menyertai empat (4) program pameran dan promosi anjuran JAKOA dan jabatan/agensi yang lain.Seramai 60 orang usahawan Orang Asli telah menyertai acara pameran dan promosi tersebut.Di antara program yang dijalankan ialah jualan dan tempahan produk Usahawan Orang Asli yang terdiri daripada produk kraftangan, herba, buah-buahan dan produk hiliran, persembahan kebudayaan dari Kumpulan Warisan Anak Damak, Kumpulan Kongkong dan Kumpulan Lanok Kampung Parit Gong, Negeri Sembilan dan juga Demonstrasi anyaman tempok oleh Maznah Unyan, demonstrasi anyaman tikar oleh Tasik Bera dan demonstrasi anyaman bakul oleh Faridah Tenang.
Jadual : Program Pameran Usahawan sepanjang tahun 2019
Bil. |
Nama Program |
Tarikh |
Bil. Peserta |
1. |
Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 1 Tahun 2019 Di Mid Town Perda, Penang |
29 Mac – 1 April 2019 |
4 |
2. |
Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 2 Tahun 2019 Di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Kuala Terengganu |
25-27 April 2019 |
4 |
3. |
Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) Di Dataran Pahlawan, Melaka |
4-7 Oktober 2019 |
30 |
4. |
Karnival Usahawan Desa (KUD) siri 4 Tahun 2019 Di Putrajaya |
16-21 Oktober 2019 |
22 |