Dialog atas talian bersama anggota APEC membincangkan mengenai penilaian ekonomi masyarakat Orang Asli

03.03.2021 – Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr. Juli Edo dijemput sebagai salah seorang speaker dalam dialog atas talian bersama dengan anggota APEC untuk membincangkan mengenai penilaian ekonomi masyarakat Orang Asli.
 
Dialog yang bertajuk “Policy Dialog: Understanding and Valuing Indigenous Economies in APEC” turut melibatkan beberapa speaker lain daripada Canada dan Peru iaitu:
 
1. Ms Jacqueline Palladini (Deputy Director, Office of the Chief Economist Global Affairs Canada).
2. Ms Samantha Morton (Director, Research Canadian Council for Aboriginal Business)
3. Mr Francisco Aguilar (Social Specialist, Vice Ministry of Interculturality, Ministry of Culture, Peru).
 
Sesi dialog ini disertai oleh 93 anggota APEC dan dimulakan dengan ucapan daripada New Zealand Foreign Affairs Minister, Hon. Nanaia Mahuta.
 
Melalui sesi dialog ini, anggota APEC lebih memahami fungsi JAKOA sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Malaysia.
 

03.03.2021 – Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr. Juli Edo dijemput sebagai salah seorang speaker dalam dialog atas talian…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, March 3, 2021
Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2021 12:00 AM