Majlis Ramah Mesra Tok-Tok Batin Orang Asli bersama Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Saarani Bin Mohamad

JAKOA Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Tok-Tok Batin Orang Asli bersama Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Saarani Bin Mohamad pada 23 – 24 Mac bertempat di MH Hotel Ipoh Perak.
 
Pada perjumpaan ini, Y.A.B Menteri Besar Perak telah menyatakan bahawa Ketua Kampung Orang Asli (Tok Batin) merupakan kumpulan pertama penerima vaksin di kalangan masyarakat orang asli. Mereka juga perlu menjadi contoh untuk meyakinkan anak-anak buah masing-masing.
 
Menurut beliau, seperti masyarakat perdana yang lain, kerajaan juga mahu memastikan semua masyarakat Orang Asli menerima vaksinasi.
 
“Saya mahu Tok Batin menjadi penerima vaksin di kampung mereka, diikuti oleh isteri dan anak-anak seterusnya diberikan kepada penduduk kampung yang lain”, ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Tok-Tok Batin Orang Asli Perak.
 
Hadir sama pada majlis ini, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan usahawan dan koperasi Perak, Datul Zainol Fadzi Paharudin dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Profesor Dr Juli Edo.
 
Menteri Besar Perak turut menyatakan bahawa kerajaan amat komited untuk memastikan bahawa semua orang asli menerima vaksin dengan mewujudkan (PPV) bergerak yang akan menelusuri ke setiap kampung bagi menyampaikan vaksin.
 
Dalam majlis ini juga, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah hadir memberi penerangan tentang vaksin kepada tok-tok batin dan keseluruahan tok-tok batin telah mengisi borang yang telah diedarkan oleh JAKOA.
 

JAKOA Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Tok-Tok Batin…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, March 24, 2021
Kemaskini Terakhir : 8 / 05 / 2021 09:44 PM