Sumbangan berbentuk makanan kering kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC)

πƒπšπ«π’ πŽπ€ 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 πŽπ€.
Β 
28 Ogos 2021 – Koperasi Tangkai Cermin dan Koperasi Senoi Batang Padang telah tampil untuk menyerahkan sumbangan berbentuk makanan kering kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) yang dikhususkan untuk Orang Asli di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sinaran Suria, Sungkai.Β 
Β 
Sumbangan telah diserahkan kepada Penyelaras PKRC Sungkai, Lt. (PA) Mohd Nor Isham Bin Idris yang menyatakan penghargaan mewakili pihak pengurusan.
Β 
Diharapkan sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan moral dan kegembiraan kepada pesakit di sini. Sebagai makluman, setakat petang tadi seramai 496 orang masyarakat Orang Asli sedang dikuarantin di pusat ini.
Β 
Turut hadir menyaksikan proses penyerahan sumbangan ialah Encik Hairulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak/Kedah dan Encik Azman bin Maarof, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi JAKOA.
Β 
Kemaskini Terakhir : 28 / 08 / 2021 08:13 AM