Majlis Pra Pembukaan Taman Eco Rimba Lata Kinjang

TAPAH, 29 Julai – Majlis Pra-Pembukaan Taman Eco Rimba Lata Kinjang telah diadakan menandakan ia akan beroperasi sepenuhnya di bawah Pengurusan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad bermula pada 30 Julai 2022.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah.
 
Turut hadir bersama di majlis ini adalah Datin Shahdee binti Dato’ Ahmad (Pengarah Modal Insan NCIA), Tuan Mohammad Akmal Ila bin Ahmad (Pengerusi Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad), Puan Nurmalis bt Musa (Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Malaysia), Encik Anuar bin Shafie Pegawai JAKOA Daerah Batang Padang dan Muallim, serta pegawai – pegawai agensi dan jabatan.
 
Simbolik penyerahan Projek Pembangunan Taman Eco Rimba Lata Kinjang telah diadakan di antara Encik Muhammad Fazlullah bin Abdul Aziz selaku Pengarah Jabatan Pelaksanaan Projek NCIA kepada Encik Harulnizam bin Abd Rahman mewakili Jabatan Kemajuan Orang Asli.
 
Selain itu, Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah turut menyantuni mangsa-mangsa kebakaran yang berlaku pada 27 Julai yang lepas. Difahamkan kebakaran yang berlaku di Batu 16, Tapah itu telah membabitkan 4 buah rumah dan 2 daripadanya telah musnah sepenuhnya. Kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tiada kecederaan serius.
Kemaskini Terakhir : 2 / 09 / 2022 11:29 PM