Agihan sumbangan berbentuk barangan keperluan kesihatan diri oleh JAKOA Negeri Perak & Kedah

Hulu Perak, 5 Februari 2021- JAKOA Negeri Perak & Kedah dengan kerjasama JAKOA Daerah Hulu Perak telah mengagihkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kesihatan diri iaitu pelitup muka, sanitasi tangan, peralatan mandian serta beberapa barangan keperluan tambahan yang lain kepada 33 pelajar orang Asli yang telah diberikan arahan menjalani kuarantin di Sekolah Menegah Kebangsaan Idris Shah II, Gerik.
 
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan kepada Puan Hajah Rohani Binti Mohamad, Pengetua Sekolah Menengah Idris Shah II bagi kemudahan dan keselesaan pelajar yang sedang menjalani kuarantin di asrama berkenaan.
 
JAKOA turut memikul peranan dan tanggungjawab dalam memastikan perihal kebajikan pelajar Orang Asli sentiasa berada dalam keadaan baik dari segenap aspek. Pada masa yang sama, JAKOA turut bertanyakan tentang khabar dan perkembangan terkini mereka sewaktu menjalani proses kuarantin di sekolah agar kebajikan pelajar terus terpelihara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada pengetua serta warga guru di SMSIS yang sentiasa bekerjasama dengan pihak JAKOA bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar orang Asli sentiasa terjamin di samping aktiviti pembelajaran dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
 
Pihak JAKOA sentiasa mendoakan agar semua pelajar di SMSIS dilindungi dan dijauhi dari wabak penyakit Covid-19 ini.
 

Hulu Perak, 5 Februari 2021- JAKOA Negeri Perak & Kedah dengan kerjasama JAKOA Daerah Hulu Perak telah mengagihkan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Friday, February 5, 2021
Kemaskini Terakhir : 5 / 03 / 2021 12:00 AM