Agihan sumbangan keperluan asas kepada penduduk KOA Bukit Tampoi dan KOA Batu 28 Jenderam Hilir

SEPANG – JAKOA Daerah Sepang bekerjasama dengan pihak UNICEF telah mengagihkan sumbangan keperluan asas seperti bantal dan toto kepada penduduk KOA Bukit Tampoi dan KOA Batu 28 Jenderam Hilir.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Batin Ungau Pah, KOA Batu 28 Jenderam Hilir dan wakil penduduk KOA Bukit Tampoi.
 
Pihak Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sumbangan tersebut. 
 
Semoga dengan pemberian sumbangan tersebut dapat membantu mengurangkan bebanan penduduk kampung yang terjejas banjir.
 
Turut hadir bersama En.Rasaki Bin Abdul Majid (PKOAD Sepang).
 
Sumber : JAKOA Daerah Sepang
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:59 AM