Amaran Notifikasi Serangan Siber Dan Langkah-Langkah Pencegahan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sebagaimana sedia maklum, sekarang ini berlaku ketegangan di antara Palestin dan Israel yang telah menyebabkan terdapat usaha secara global untuk menggodam laman web Israel dan kutukan secara bertulis di akaun media sosial penyokong Israel yang segelintirnya juga melibatkan warga maya dari Malaysia.

3.         Untuk makluman semua, Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Nasional (NC4), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengeluarkan satu notifikasi akan berlaku serangan siber oleh penyokong maya rejim Zionis ke atas organisasi Malaysia termasuk Sistem Aplikasi dan Laman Web Kerajaan susulan daripada insiden berkenaan.

4.        Sehubungan itu, bagi tujuan keselamatan, kerjasama  semua adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut bagi mengelakkan sebarang kejadian serangan siber ke atas aset-aset ICT Jabatan:

  • Mematikan (Shut down) komputer apabila tidak digunakan atau selepas pulang dari pejabat;
  • Mengemas kini kata laluan e-mel dan komputer kepada kata laluan yang sukar (sila gunakan kata laluan yang menggunakan kombinasi huruf, nombor dan special characters (&,*,%,# );
  • Jangan buka e-mel yang suspicious atau attachment yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali dalam mana-mana platform            (E-Mel, Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram atau lain-lain media sosial); dan
  • Jangan lawati halaman web yang meragukan sama ada yang dihantar melalui e-mel, whatsapp, telegram dan media sosial yang lain.

5.      Sekiranya ada pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan bolehlah menghubungi Meja Bantuan (Helpdesk) untuk sebarang bantuan dan khidmat nasihat.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir : 17 / 05 / 2021 12:58 PM