Anugerah Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM 2021 Peringkat Negeri Johor

27/7/2022 – Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor amat berbesar hati pada hari ini di atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor hadir merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM 2021 Peringkat Negeri Johor. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Yang dihormati, En Azlan bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan JAKOA Malaysia dan En. Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor serta Pegawai Kemajuan Orang Daerah di seluruh pentadbiran JAKOA Johor.
 
Dalam majlis yang gemilang ini, Y.B Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar telah menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada 20 orang pelajar Orang Asli yang memperolehi pencapaian 5A hingga 10A di dalam peperiksaan SPM sesi 2021. Selain itu, pelajar-pelajar cemerlang ini juga turut mendapat hadiah dan cenderamata daripada JAKOA Negeri Johor sendiri.
 
Diharapkan semoga semua pelajar ini akan terus berusaha menimba ilmu hingga ke peringkat yang tertinggi supaya dapat menabur bakti kepada masyarakat Orang Asli di seluruh Negara. Selamat maju jaya dan tahniah kami ucapkan.
 
Kemaskini Terakhir : 27 / 08 / 2022 11:45 PM