Tahniah kepada anak2 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2019. Kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha.
18.02.2020 – YB Senator Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial) telah mengadakan lawatan ke Bandar Muadzam Shah, Pahang untuk bertemu dan mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Orang Asli di sini.
Baru-baru ini media telah melaporkan bahawa masyarakat Orang Asli di sini tinggal dalam kawasan pelupusan sampah dan menjana pendapatan melalui hasil jualan sampah yang dikitar semula.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada Pengarah JAKOA Negeri Pahang mengenai situasi sebenar yang berlaku. Seterusnya YB Menteri melawat kawasan pelupusan sampah berkenaan dan mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Orang Asli terlibat di Kampung Bukit Biru bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini.
Turut hadir dalam program lawatan ini ialah YB Young Syefura Othman (ADUN Ketari), Ketua Pengarah JAKOA Prof Dr. Juli Edo, Pegawai Daerah Kuala Rompin serta Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid.
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
15.02.2020, Sabtu – Program Pembekalan Bakul Makanan Fasa 5 kepada penduduk KOA Rangan dan KOA Jangap, Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang yang disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Bentong, En Zali Rami (mewakili Pengarah JAKOA Negeri Pahang) yang diiringi En Muzafar dan pihak pengurusan JAKOA Negeri. Turut serta ialah kumpulan sukarelawan persendirian yang dianggotai 4 orang dan diketuai oleh Puan Enaz. Seramai lebih 15 orang ahli JAKOA Pahang Volunteer Team – JPVT turun membantu menjayakan program kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi pada fasa terakhir Program Pembekalan Bakul Makanan yang akan dijadualkan kemudian.
Penjelasan daripada penduduk kampung mengenai laporan media berkenaan masyarakat Orang Asli tinggal di kawasan pelupusan sampah.
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
Laporan Lawatan Pasca Projek Mitigasi Cerun Di Kg. Sg. Tiang, Cameron Highlands.
Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi.
Lawatan tersebut dihadiri oleh Ybhg. Prof. Dr Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, En Bakar Bin Unus, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, En Mohd Azral, Ketua Unit Khidmat Teknikal. En Wan Khairul Anuwar Bin Wan Mohamad Rozali, Ketua Seksyen Pembangunan Sosio Ekonomi JAKOA Pahang serta Azizi Bin Dahalan, wakil JAKOA Cameron Highlands. Turut hadir, wakil dari NADMA, JMG, dan pegawai – pegawai dari JKR C/Highlands.
Lawatan ditumpukan kepada kawasan Projek Mitigasi Cerun dan longkang serta rumah kediaman penduduk kampung berkenaan.
Lawatan kedua pula diteruskan di kawasan Projek Bekalan Air SPATR JMG di Kg. Sg. Tiang yg berdekatan dgn Kg. Sg. Chohong.
#jakoanegeripahang
#jakoamalaysia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
6 Februari 2020, JAKOA Malaysia – Satu lawatan dari Penasihat Utama di Kementerian Industri Primari (Ministry For Primary Industry), New Zealand ke JAKOA telah diadakan di Ibu Pejabat JAKOA. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu berkenaan Indigenous Agribusiness sempena kedatangan beliau ke Kuala Lumpur.
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
IPG Kampus Ipoh, 6 Februari 2020- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama JAKOA Negeri Perak Dan Kedah telah mengadakan perbincangan meja bulat bagi membincangkan program-program pendidikan secara berkala yang dapat memberi impak lebih berkesan terhadap masyarakat Orang Asli.
Rombongan Jakoa Perak Dan Kedah telah diketuai sendiri oleh Pengarah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman, Encik Johari b. Zakaria, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta & Kampar, Cik Nor Laila bt. Johari, Ketua Unit Pembangunan Minda & Kebajikan telah di sambut sendiri rombongan IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Encik Shaddin b. Sabri, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Dr. Mohd Nazri b. Zainuddin, Dr. Mohd Hafiz b. Osman dan Pn. Sabariah bt Khairuddin.
Foto: Unit Pembangunan Minda & Kebajikan
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
Chenderiang, Tapah, 3 Februari 2020 – Bertempat di Dewan Komuniti Tanah Mas, Bidor telah diadakan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Chenderiang Tahun 2020. Pelbagai lapisan Masyarakat daripada pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu, India serta Masyarakat Orang Asli hadir memeriahkan sambutan pada kali ini.
Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang, kehadiran YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal b. Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak serta isteri dan barisan exco Kerajaan Negeri ternyata memeriahkan sambutan. Kehadiran YB Senator Waytha Moorthy a/l Ponnusamy yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) turut menambah kemeriahan sambutan pada hari ini. Hadirin yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama kedua-dua tokoh pemimpin Persekutuan dan juga Negeri.
Turut hadir mengiringi YB Menteri ke sambutan ini ialah Ketua Pengarah JAKOA, Prof. Dr. Juli Edo, Tuan Nornekman b. Dato’ Osman, Setiausaha Politik Kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Dan Kesejahteraan Sosial), Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang & Muallim serta kakitangan JAKOA Daerah.
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
Tasik Banding, Gerik, 31 Januari 2020 – Jakoa Negeri Perak dan Kedah telah menganjurkan Program Pembayaran Dividen dan Penyerahan Bakul Makanan di dua buah perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Banding, Gerik iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kelewang serta Kampung Orang Asli Sungai Tiang.
Program selama dua hari ini telah diketuai sendiri oleh tuan Pengarah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman serta Timbalan Pengarah, Puan Tijah bt Hasan. Di samping dapat menyampaikan bantuan kepada penduduk di sini, kehadiran Tuan Pengarah serta rombongan juga sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada penduduk di sini untuk mengutarakan sebarang permasalahan di kampung selain mengeratkan silaturahim bersama warga jabatan.
Foto : PRO Jakoa Perak & Kedah
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan