Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Azman b Ibrahim, Pegawai JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
 
Seluruh warga kerja JAKOA mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
 
Amin.

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Azman b Ibrahim, Pegawai JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu telah kembali ke…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Saturday, November 21, 2020
BANTUAN RAWATAN PERUBATAN.
 
Hemodialisis merupakan di antara rawatan yang ditanggung oleh pihak JAKOA NSM yang bertujuan bagi meringankan beban pesakit dan juga waris.
 
Sehingga kini JAKOA NSM menerusi Unit Kebajikan Pesakit (UKP) telah membiayai sepenuhnya kos rawatan hemodialisis kepada 3 orang pesakit Orang Asli iaitu dari Kuala Pilah, Tampin dan Jempol dengan nilaian peruntukan keseluruhan mencecah RM100,000.00 setahun.
(gambar hiasan)
 
BANTUAN INPUT PERTANIAN.
 
JAKOA NSM melalui Unit Pertanian telah memberi bantuan input pertanian dalam bentuk anak benih pokok seperti anak benih Durian Musang King.
 
Bantuan anak benih Durian Musang King dengan nilaian peruntukan sekitar RM25,000.00 ini bakal memberi manfaat kepada 20 orang peserta secara keseluruhannya iaitu 6 orang peserta dari KOA Belihoi, Negeri Sembilan dan 14 orang peserta dari KOA Bukit Payung, Melaka.
 
JOM SAMBUNG BELAJAR ❗❗❗
PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT).
 
Dahulu dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Program:
✅PRA DIPLOMA PERDAGANGAN
✅PRA DIPLOMA SAINS

KATEGORI:
✅PPT B40
✅PPT BUKAN B40
✅PPT ELIT
✅PPT ORANG ASLI
 
Borang pendidikan boleh didapati di Pejabat JAKOA daerah terdekat dan Pejabat Pra Pendidikan Tinggi UiTM Shah Alam atau layari online.uitm.edu.my
 
Permohonan dibuka pada Lepasan SPM tahun semasa dan 5 tahun ke belakang.
 
📢 Karnival Usahawan Desa kembali lagi. Kini LEBIH MERIAH & BERWAJAH DIGITAL! 📢
 
Karnival Usahawan Desa secara dalam talian tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) adalah JULUNG KALINYA dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2020 di www.ekud.my
 
👉🏻 Sebanyak 500 pempamer digital dan padat dengan pelbagai aktiviti sepanjang eKUD@KPLB 2020 berlangsung. Antara program menarik yang akan diadakan 👇🏻
👉🏻 Flash Sales & Mega Sales
👉🏻 Padanan Perniagaan Digital
👉🏻 Seminar Digital oleh Usahawan Berpengalaman
👉🏻 Jualan Langsung oleh Selebriti Jemputan
👉🏻 Demonstrasi Masakan oleh Chef Selebriti
👉🏻 Urban Farming
👉🏻 Laman Ternakan
👉🏻 Cabutan Bertuah berupa hadiah misteri
👉🏻 BANYAK LAGI!
 
✅ WAJIB SERTAI.
✅ SIMPAN TARIKH.
✅ JOM BERBELANJA.
 
🎪 eKUD@KPLB 2020 ,
🗓‪ 4 – 6 DISEMBER 2020
📋 JUMAAT , SABTU & AHAD.
 
Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari www.ekud.my
 
📢 Karnival Usahawan Desa kembali lagi. Kini LEBIH MERIAH & BERWAJAH DIGITAL! 📢
 
Karnival Usahawan Desa secara dalam talian tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) adalah JULUNG KALINYA dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2020 di www.ekud.my
 
👉🏻 Sebanyak 500 pempamer digital dan padat dengan pelbagai aktiviti sepanjang eKUD@KPLB 2020 berlangsung. Antara program menarik yang akan diadakan 👇🏻
👉🏻 Flash Sales & Mega Sales
👉🏻 Padanan Perniagaan Digital
👉🏻 Seminar Digital oleh Usahawan Berpengalaman
👉🏻 Jualan Langsung oleh Selebriti Jemputan
👉🏻 Demonstrasi Masakan oleh Chef Selebriti
👉🏻 Urban Farming
👉🏻 Laman Ternakan
👉🏻 Cabutan Bertuah berupa hadiah misteri
👉🏻 BANYAK LAGI!
 
✅ WAJIB SERTAI.
✅ SIMPAN TARIKH.
✅ JOM BERBELANJA.
 
🎪 eKUD@KPLB 2020 ,
🗓‪ 4 – 6 DISEMBER 2020
📋 JUMAAT , SABTU & AHAD.
 
Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari www.ekud.my
 
PROJEK MENAIK TARAF DAN MENYEDIAKAN KELENGKAPAN TABIKA KEMAS JAKOA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA.
 
Pada tahun ini sebanyak 7 buah Tabika KEMAS JAKOA di negeri ini telah dinaiktaraf bagi memberi keselesaan kepada guru dan murid dalam menjalani sesi pembelajaran yang lebih kondusif.
 
Senarai tabika yang terlibat dalam projek pada tahun 2020 ini adalah :
1. Tabika KOA Batu Peti (Jempol)
2. Tabika KOA Jeram Kedah (Seremban)
3. Tabika KOA Guntur (Kuala Pilah)
4. Tabika KOA Ulu Chembong (Rembau)
5. Tabika KOA Pabai (Rembau)
6. Tabika KOA Putra (Jelebu)
7. Tabika KOA Gapam Baru (Jasin)
 
Projek di bawah peruntukan JAKOA bagi Negeri Sembilan dan Melaka dengan nilai keseluruhan sekitar RM300,000.00 ini dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi kerja-kerja perpaipan dan saliran, pagar, bumbung, naik taraf kawasan dan fasiliti taman permainan kanak-kanak, mengecat bangunan, sanitari dan lain-lain lagi.
Program Pembangunan Ekonomi.
 
Dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli, pada tahun 2020 JAKOA Negeri Sembilan & Melaka telah menerima peruntukan sebanyak RM60,000.00 bagi 5 orang peserta melalui Projek Handsholding di bawah peruntukan Program Pembangunan Ekonomi.
 
Bantuan yang diberikan adalah pembinaan kandang kambing (KOA Senibai), kandang lembu (KOA Sg Lui dan KOA Air Runtuh), reban ayam (KOA Simpang Tering) dan baka kambing (KOA Lubuk Bandung).