Bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung terjejas akibat runtuhan jambatan

30 November 2019, Pos Sinderut Lipis- Jakoa & JPVT mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung terjejas akibat runtuhan jambatan.

Jakoa Pahang disertai 20 Sukarelawan Orang Asli(JPVT) mengagihkan 80 bakul makanan kepada penduduk Kampung Rangan dan Kampung Janggap Pos Sinderut.

Pada kunjungan kali ini rombongan turut mambawa pakaian terpakai untuk diagihkan kepada penduduk kampung, mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan disamping memberi khidmat nasihat kepentingan amalan kebersihan kepada penduduk kampung.

Kumpulan ini sebelumnya telah mengadakan program Jalinan Mesra Bersama Penduduk Kampung Chinta Manis Bentong yang telah dirasmikan oleh En. Johari Bin Alwi Pengarah Jakoa Negeri Pahang.

#jakoapahang
#jakoamalaysia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 9 / 11 / 2020 03:23 PM