Bantuan Bakul Makanan PKP kepada 35 Ketua Isi Rumah

6 Jun 2021 – YB Dato’ Sri Abdul Rahman b Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB hadir menyerahkan Bantuan Bakul Makanan PKP kepada 35 Ketua Isi Rumah di Kampung Orang Asli Tiat, Cameron Highlands.
 
YB Timbalan Menteri turut melancarkan Program “Orang Asli Pahang Sokong Imunisasi Covid-19” (OAPSIC-19) yang merupakan program kesedaran kepentingan pengambilan vaksin serta pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.
 
Turut hadir menyampaikan bantuan melalui peruntukan ahli parlimen adalah YB Tuan Ramli b Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands.
 
Kemaskini Terakhir : 6 / 06 / 2021 11:50 AM