GUA MUSANG – JAKOA melalui PKOAD Gua Musang telah menyampaikan bantuan yang disalurkan kepada jabatan kepada mangsa kebakaran di KOA Galang, Pos Hau. Bantuan berupa kotak makanan dan wang tunai sumbangan ADUN Galas dan kutipan derma kilat warga PKOAD Gua Musang serta bantuan bencana JKM diharapkan dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.
Kejadian tersebut terjadi pada petang 22 Mei 2022 (Ahad) dan telah mengakibatkan 22 KIR hilang tempat berteduh. Walaubagaimanpun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran.
Memetik daripada laporan akhbar Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan dua buah rumah kayu hangus 100 peratus.
“Kita menerima panggilan pada pukul 6.36 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.”
Susulan daripada ini, permohonan untuk rumah PBROA dan laporan siasatan diangkat pada pihak JAKOA Kelantan dan Terengganu untuk tindakan lanjut. Semoga mangsa terus tabah di atas ujian ini dan dikurniakan rezeki yang lebih baik.
Sumber: PKOAD Gua Musang