Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Bantuan Dividen Kg Orang Asli Sungai Kejar RPS Banun Gerik

4 Oktober 2020, Kg Orang Asli Sungai Kejar RPS Banun Gerik – BANTUAN DIVIDEN
Dividen projek ladang sawit yang telah dibangunkan oleh pihak JAKOA Negeri Perak manakala agensi pelaksana ialah dari pihak RISDA dan RISDA Plantation Sdn Bhd.
Jumlah peserta dari Kampung Sungai Tiang 160 orang dan 75 orang dari Sungai Kejar.
Bantuan dividen yang disediakan dalam 2 bentuk :
1.Dividen dalam bentuk barangan makanan asas bernilai sebanyak RM200
2. Dividen dalam bentuk wang ringgit yang dimasukan dalam akaun bank sebanyak RM100
Antara barangan yang dibekalkan kepada penerima dividen seperti beras, gula, teh, milo, susu, minyak masak, garam,tepung dan
Biskut.
Turut hadir semasa penyampaian bakul makanan Pengarah JAKOA Negeri Perak, CEO RISDA, Pengarah RISDA, pegawai JAKOA dan pegawai RISDA dan RPSB.
Last Updated : 6 / 11 / 2020 12:00 AM