Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Bantuan kepada keluarga Encik Kelinik bin Gean, mangsa kebakaran di KOA Lumut, Ulu Beranang

SEREMBAN, 13 Mac 2022 – Pengarah JAKOA Negeri Sembilan Melaka, Puan Shahrani binti Idderis hadir menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada keluarga Encik Kelinik bin Gean, mangsa kebakaran di KOA Lumut, Ulu Beranang yang berlaku pada 12 Mac 2022 kira-kira pukul 10.30 pagi.
 
Semasa kejadian difahamkan mangsa bersama dua orang anak beliau tidak berada di rumah. 
 
Semua barang milik keluarga mangsa tidak dapat diselamatkan. 
 
Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan api pada pukul 11.30 pagi.
 
Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan Encik Kelinik bin Gean keluarga mangsa.
 
Sumber : JAKOA Daerah Seremban / Port Dickson / Rembau.
 
Last Updated : 14 / 04 / 2022 12:00 AM