Bantuan masyarakat Kampung Orang Asli Genting Peras yang dilanda tanah runtuh

Hulu Langat – 7 Disember 2022 Jakoa kembali meneruskan usaha membantu masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Genting Peras yang dilanda tanah runtuh pada minggu lalu untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada keluarga Orang Asli.
 
Menurut Ketua Pengarah Jakoa, Puan Hajah Sapiah binti Dato Mohd Nor terdapat 55 buah keluarga Orang Asli yang terjejas dan terputus hubungan akibat bencana ini. Susulan daripada kejadian ini juga 5 buah rumah yang ditenggelami lumpur.
 
Pihak Jakoa pada harini hadir bersama Air Selangor dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi membuat penilaian agar proses baik pulih dapat segera dilakukan. Pihak penyiaran TV3 juga hadir untuk membuat liputan terhadap kemusnahan harta benda yang dialami oleh masyarakat orang asli di kampung ini.
 
Seterusnya Puan Ketua Pengarah bersama-sama agensi EPU meneruskan pemerhatian di beberapa lokasi usahawan Orang Asli di Kampung Orang Asli Kuala Kelinsing, Kampung Orang Asli Sungai Melut , Sepang yang turut terkesan akibat banjir untuk dibuat penilaian kerosakan.
 
Turut hadir serta pada hari ini adalah Tuan Haji Zamri bin Mustajab (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan) Encik Azlan Bin Mohamed (Pengarah Pendidikan dan Kebajikan) Encik Anis Bin Othman (Pengarah Jakoa Selangor).
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:58 AM