Bantuan Pasca Banjir

SEPANG, 30 Disember 2021 – Malaysian Red Crescent, Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) 贡献者义工布施团队 Persatuan Amal Setia Gong Xian Zhe KL & Sel dan 4×4 Relief Malaysia telah menyampaikan sumbangan barangan asas kepada penduduk Orang Asli di Daerah Sepang yang terjejas banjir.
 
Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada penduduk KOA Jambu, KOA Kelinsing, KOA Bakok, KOA Sungai Melut, KOA Bukit Tampoi dan KOA Batu 28 Jenderam Hilir.
 
Pihak JAKOA mengucapkan penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli khususnya di daerah Sepang yang terkesan akibat bencana banjir.
 
Semoga dengan pemberian sumbangan tersebut, dapat membantu mengurangkan dan meringankan bebanan masyarakat penduduk kampung di situ.
 
Sumber : JAKOA Daerah Sepang
 
Kemaskini Terakhir : 2 / 01 / 2022 10:00 AM