Bantuan Pasca Banjir

SEPANG, 29 Disember 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyumbangkan barangan keperluan asas seperti toto dan dapur kepada penduduk Kampung Orang Asli yang terjejas banjir.
 
Sumbangan bantuan barangan asas tersebut telah diagihkan kepada penduduk KOA Jambu, KOA Sungai Melut, KOA Bukit Tampoi dan KOA Batu 28 Jenderam Hilir.

Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban mangsa bencana banjir.
 
Sumber : JAKOA Daerah Sepang
 
Kemaskini Terakhir : 2 / 01 / 2022 09:25 AM