Bantuan Persekolahan Untuk Murid Orang Asli Di Seluruh Negara Dapat Mendorong Kehadiran Mereka Ke Sekolah

BANTUAN PERSEKOLAHAN UNTUK MURID ORANG ASLI DI SELURUH NEGARA DAPAT MENDORONG KEHADIRAN MEREKA KE SEKOLAH.
 
Bantuan set pakaian seragam sekolah untuk murid Orang Asli ini adalah salah satu inisiatif KPLB dan diselaraskan oleh JAKOA untuk terus meningkatkan peratus kehadiran murid Orang Asli di sekolah. Negeri Pahang adalah penerima terbesar bantuan ini berdasarkan kepada populasi masyarakat Orang Asli di sini.
 
Selain daripada bantuan set pakaian seragam, KPLB turut menyediakan bantuan-bantuan seperti penyediaan bas dan van ke sekolah, bantuan wang saku dan lain-lain bantuan yang berkaitan pendidikan rendah dan menengah untuk masyarakat Orang Asli seluruh negara.
 
Semua bentuk bantuan ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk mendorong murid Orang Asli ke sekolah bagi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna dan kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah terus dapat dikurangkan.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 04 / 2021 12:00 AM