Batin Dinamik 2022

Dua orang Batin telah terpilih sebagai penerima anugerah Batin Dinamik 2022 Negeri Perak. Anugerah ini telah diberikan kepada Tok Batin yang berdedikasi dalam membawa arus perubahan kepada kampung mereka. Pemberian anugerah ini juga sebagai tanda penghargaan pihak jabatan ke atas penat lelah dan semangat tidak putus asa Tok Batin dalam menjalankan amanah yang diberi.
 
Encik Rani A/L Bah Ulin dari KOA Lata Kijang dan Encik Wan bin Alang dari KOA Tonggang telah berjaya memainkan peranan mereka di dalam mengerakkan eko-pelancongan di kampung masing-masing.
 
Usaha keras Tok Batin serta penduduk kampung dengan bantuan dari pihak jabatan, kedua-dua kampung ini telah menjadi salah satu destinasi percutian yang sering dikunjungi oleh warga Perak dan pelancong dari luar.
 
Semoga dengan pengiktirafan ini, barisan kepimpinan kampung yang diterajui oleh Tok Batin dapat terus menggalas tugas mereka dengan cemerlang.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 05 / 2022 11:55 PM