Belanjawan 2021: RM158 juta untuk kesejahteraan Orang Asli

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM158 juta bagi membolehkan aspek kesejahteraan komuniti Orang Asli diteruskan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata melalui peruntukan itu dilaksanakan program bantuan sosial dan Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menaik taraf dan membina 14 taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) baharu antaranya di Pos Slim Sungai Kinta, Perak dan Pos Sungai Kelai Jempol, Negeri Sembilan.

“Kerajaan juga amat prihatin terhadap isu menanda sempadan dan mewartakan tanah yang sekian lama disuarakan oleh komuniti Orang Asli.

“Sukacita kerajaan menyediakan sebanyak RM5 juta bagi menjalankan kerja ukur tanah untuk menanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tengku Zafrul juga mengumumkan sebanyak RM41 juta diperuntukkan bagi program ‘Native Customary Rights’ di Sabah dan Sarawak.

Untitled

#infobelanjawan2021 RM158j untuk masyarakat Orang Asli #tugasmulia #jakoamalaysia

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Friday, November 6, 2020
Kemaskini Terakhir : 6 / 12 / 2020 12:00 AM