Bencana Kebakaran. Sumbangan Ikhlas Kakitangan JAKOA.
Gombak, 29 Januari 2021 :
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Encik Mohd Zulkefli Bin Dasman (40) yang merupakan seorang Pembantu Rendah Am (Unit Semboyan) dari Batu 11 gombak yang menerima bantuan dari JAKOA kerana rumah kediamannya terbakar.
Kejadian berlaku pada 23 Januari 2021 mengakibat kerosakan keseluruhan rumah mangsa dan mangsa sekeluarga menginap sementara di Kuarters JAKOA . Dalam memenuhi tanggungjawab sosial, JAKOA telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban mangsa sekeluarga.
Sumbangan telah disampaikan oleh Prof Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA.
Bencana Kebakaran Sumbangan Ikhlas Kakitangan JAKOA Gombak, 29 Januari 2021 : Kegembiraan jelas terpancar di wajah…
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Friday, January 29, 2021