Bencana | Orang Asli Di Genting Peras Masih Perlu Bantuan

Nasib 179 orang Asli daripada 53 keluarga di Genting Peras, Hulu Langat yang terputus hubungan susulan banjir dan tanah runtuh 18 Disember lalu terus mendapat perhatian pihak berwajib.
 
Fasa awal bantuan kecemasan dihantar menggunakan helikopter dan kumpulan sukarelawan pendaki, manakala misi ketiga kali ini melalui jalan darat, yang masih berbahaya serta ditutup untuk laluan orang awam.
 
Ikuti laporan wartawan Juliana Sharin yang menyertai misi berkenaan.
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:58 AM