Bengkel Hala Tuju Persatuan-Persatuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah 2019

Pulau Pinang, 17 November 2019 – Bertempat di Royale Hotel, Pulau Pinang, Jakoa Negeri Perak dan Kedah telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju Persatuan-Persatuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah Tahun 2019.
Bengkel yang bermula 15 hingga 17 November ini telah menghimpunkan seramai 35 orang masyarakat Orang Asli yang hadir mewakili komuniti, persatuan serta pertubuhan masing-masing. Matlamat utama bengkel ini diadakan bagi menentukan hala tuju persatuan melalui cadangan penambahbaikan resolusi 7 bidang utama iaitu tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruktur serta kebudayaan ini demi kesejahteraan dan pembangunan sejagat masyarakat Orang Asli negeri Perak.
Turut hadir memberi sokongan ke bengkel selama 3 hari ini ialah Pengarah Jakoa Negeri Perak, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman, Pegawai-Pegawai Kanan dari Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jakoa Ibu Pejabat, Pegawai-Pegawai Jakoa Negeri dan juga Daerah.

Foto: Nor Shafaril Daud

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 17 / 11 / 2019 07:55 AM