Bengkel Kerja Kemahiran Pedagogi Di Pusat Pendidikan Komuniti (PPK)

22-25 Mac 2022, Pusat Latihan JAKOA Kluang – Bengkel Kerja Kemahiran Pedagogi Di Pusat Pendidikan Komuniti (PPK) Bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi Tahun 2022 ini telah disertai oleh seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada calon Tenaga Penggerak di PPK dan Guru Orang Asli yang mengajar di sekolah khas seperti di ProKHAS, Chup Badui Sikulah, Yek Panyit Sikulah dan Sekolah 100% Murid Asli.
 
Fasilitator-fasilitator adalah terdiri daripada Pensyarah dan Kaunselor dari Institut Pendidikan Guru (IPG) (Kampus Tengku Ampuan Afzan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang juga bertindak sebagai penilai modul baharu yang disampaikan.
 
Majlis Penutupan Bengkel ini telah dirasmikan oleh En Zulkifli bin Nordin, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hadir bersama ialah En. Suhairy bin Abdul Ghani, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan, JAKOA Malaysia.
 
Suntingan video oleh : Unit ICT PPD Kluang
 
Kemaskini Terakhir : 18 / 06 / 2022 11:50 PM