Bengkel Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli di Dorsett, Putrajaya

24 Nov 2019, Dorsett, Putrajaya – JAKOA telah mengadakan satu Bengkel Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli bermula pada 23 hingga 25 November 2019 di Dorsett, Putrajaya. Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli yang akan diwujudkan ini juga adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) atau Agenda Global sehingga tahun 2030 dimana pelan ini akan menjadi teras utama dalam Pelan Strategik JAKOA 2021 – 2025.

Pelan yang dirangka melalui bengkel ini berasaskan kepada resolusi yang telah dipersetujui sewaktu Konvensyen Orang Asli yang lalu iaitu sebanyak 137 resolusi meliputi 7 bidang fokus seperti tanah, pendidikan, kepimpinan, infrastruktur, ekonomi, kesihatan dan kebudayaan.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 2 / 12 / 2020 09:06 AM