Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JAKOA

4 Mac 2020 , Damansara Damai – Unit Integriti JAKOA telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang berlansung selama 4 hari bermula dari 1 hingga 4 Mac 2022 yang bertempat di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai (PLDD).
 
Bengkel ini telah disampaikan oleh bekas pegawai SPRM iaitu Puan Roziah Binti Harun dan dibantu oleh Encik Ishak Bin Abu Bakar. 
 
Bengkel ini juga telah disertai oleh pegawai sokongan yang terdiri daripada pegawai Daerah (PKOAD) , pegawai daripada cawangan, bahagian dan negeri.
 
Melalui bengkel ini, pelbagai cadangan serta buah fikiran telah dilontarkan oleh peserta bagi membina Pelan Anti Rasuah Organisasi yang strategik dan menyeluruh dan akan menjadi panduan kepada organisasi. 
 
Ia juga bertujuan untuk menangani permasalahan, integriti & antirasuah di dalam sesebuah organisasi. 
 
Pelan khusus ini telah dianalisa secara teliti dengan kaedah penilaian risiko rasuah bagi mengenalpasti bidang keutamaan yang memerlukan perhatian serius.
 
Turut hadir sama pada bengkel ini adalah Encik Saiful Zahlan Bin Azmi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKOA.
 
Kemaskini Terakhir : 5 / 04 / 2022 12:00 AM