Bengkel Pencarian dan Pempakejan Maklumat Kepada Pelajar Orang Asli SMK Sri Tapah, Tapah, Perak

TAPAH, Perak, 13 Ogos 2022 – Unit Perpustakaan Orang Asli,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKOA telah menganjurkan program ‘Bengkel Pencarian dan Pempakejan Maklumat’ kepada pelajar Orang Asli di SMK Sri Tapah. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah disertai oleh lebih kurang 95 orang pelajar Orang Asli SMK Sri Tapah dan dibantu oleh beberapa orang urusetia daripada Ibu Pejabat JAKOA dan PKOAD Batang Padang dan Muallim, Perak serta pihak sekolah.
 
Pempakejan Maklumat adalah merupakan salah satu
perkhidmatan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) di bawah Modul Literasi Media dan Maklumat (LMM). Modul LMM ini mengandungi enam modul iaitu mengenal pasti keperluan maklumat, pencarian, penilaian, pengurusan, etika penggunaan, dan penyebaran maklumat. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Nor Shamsinar binti Baharom, Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia.
 
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk
kesedaran literasi maklumat kepada pelajar Orang Asli seawal
pembelajaran hingga tahap tertinggi bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, bengkel ini menambah kemahiran pelajar Orang Asli dalam pencarian maklumat yang berkesan, penilaian maklumat, yang sahih dan etika penggunaan maklumat dengan lebih efektif.
Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah, cenderamata dan sesi bergambar. Program berakhir pada jam 5.00 petang.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 10 / 2022 11:44 PM