Bengkel Pengenalan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar

07.05.2021 – Bengkel Pengenalan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 telah dilaksanakan kepada pegawai-pegawai JAKOA dengan kerjasama Unit Perundangan KPLB.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah supaya para pegawai JAKOA lebih memahami dengan mendalam Akta 134 yang akan membantu mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat Orang Asli.
 
Bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
 
Kemaskini Terakhir : 7 / 05 / 2021 07:19 AM