OBJEKTIF

  • Mengurangkan bebanan kewangan koperasi Orang Asli untuk meningkatkan produktiviti dan penghasilan output melalui pemberian bantuan input / peralatan yang bersesuaian;

  • Memberi peluang kepada koperasi mendapatkan bantuan peralatan / input bagi menceburi projek-projek ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang tinggi;

  • Menyediakan platform kepada koperasi Orang Asli bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik; dan

  • Memperkasa koperasi Orang Asli sebagai agen yang menguruskan projek / program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

SYARAT PERMOHONAN

  • Koperasi Orang Asli (sekurang-kurangnya 70% ahli koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan sekurang-kurangnya 70% ahli lembaga koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli);
  • Pendaftaran koperasi sah dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

  • Pengurusan koperasi yang memuaskan dan mematuhi Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007);

  • Koperasi bebas daripada disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan atau institusi kewangan yang sah;

  • Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan aktiviti ekonomi di atas tanah yang tidak diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli (Seksyen 6 Akta 134) atau Rizab Orang Asli (Seksyen 7 Akta 134); dan

  • Koperasi mesti disyor dan disokong oleh Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah dan/atau Pejabat JAKOA Negeri

SKOP BANTUAN

Geran dengan nilai maksimum RM25,000.00 per koperasi (dalam bentuk peralatan atau input).

Senarai skop bantuan adalah seperti di lampiran.

KAEDAH PERMOHONAN

Koperasi yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Program SISKOP dan melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (seperti di lampiran). Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pejabat JAKOA Daerah dan seterusnya ke Pejabat JAKOA Negeri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 APRIL 2023 (JUMAAT)

Objektif

  • Memberikan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan;

  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran; dan

  • Meningkatkan pendapatan usahawan melalui peningkatan produktiviti pengeluaran serta kualiti produk.

Nilai & Skop

Geran ini akan diberi dalam bentuk peralatan (nilai maksimum RM5,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

Skop bantuan Quick Win Geran Bantuan Peralatan Usahawan bagi tahun 2023 adalah bagi pembelian atau baikpulih mesin/ peralatan (tidak termasuk peralatan ICT) dan pembekalan input/ bahan mentah bagi pengoperasian perniagaan.

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

  • Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman termasuk perkhidmatan catering, penjaja/ peniaga kecil dan peniaga kopi jalanan

  • Percetakan

  • Automotif seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta

  • Perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan, dandanan dan lain-lain

  • Pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan diberikan kepada industri hiliran daripada produk/ aktiviti pertanian/ asas tani; dan

  • Peruncitan

Syarat-Syarat Permohonan

  • Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas)

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh pegawai JAKOA Daerah/ Negeri

  • Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan

  • Jumlah pendapatan bersih bulanan di bawah RM5,000.00

  • Individu yang telah menerima bantuan geran JAKOA pada tahun 2021 dan 2022 tidak layak untuk memohon bantuan ini kecuali yang terjejas akibat bencana alam.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 APRIL 2023

Sila muat turun dokumen yang diperlukan

Tawaran permohonan kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) telah dibuka. Sila lengkapkan Borang Permohonan Kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Tingkatan Satu Tahun 2023 Secara Atas Talian. Tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Februari 2023. Sila klik di pautan terlampir :- https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?usp=sharing

Sila berhubung dengan Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berhampiran atau menelefon di talian tertera untuk keterangan lanjut :-

1. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor
Tel : 07-224 3901

2. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang
Tel : 09-515 6425

3. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak / Kedah
Tel : 05-254 0009

4. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan / Terengganu
Tel : 09-744 3488

5. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan / Melaka
Tel : 06-763 8815

6. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan
Tel : 03-5519 0375

7. Pejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin Pahang
Tel : 09-414 5053

#jakoamalaysia
#kkdw
#tugasmulia

23hb November 2022, Glasgow, Scotland :
 
Tahniah diucapkan kepada Dr. Norsyakina binti Jam yang telah menamatkan pengajian beliau dalam bidang Doctor Of Philosophy in Islamic Finance di Glasgow Caledonian University, Scotland. Beliau yang merupakan anak jati Kampung Orang Asli Lata Kinjang, Chenderiang berjaya menamatkan pengajian disana setelah sekian lama terhalang kerana Pandemik Covid 19.
 
Dr Syakina dahulunya mula belajar di SK Sri Kinjang, Chenderiang dari tahun 1 sehingga tahun 6. Kemudiannya melanjutkan pengajian di SMK Sri Tapah ketika beliau di tingkatan 1 dan kemudiannya berpindah ke SMK Chenderiang ketika tingkatan 2 sehingga tingkatan 5.
 
Dr. Norsyakina kemudiannya melanjutkan pengajian di SMK Tapah ( kini di kenali kolej tingkatan 6 ) bagi pengajian STPM. Selepas itu beliau ditawarkan ke Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Bachelor Of Islamic Finance. Tidak tamat disitu, beliau melanjutkan pengajian di University Of New South Wales, United Kingdom.
 
HULU LANGAT, 22 November 2022 – Puan Dahlia a/p Permid, Penolong Pengarah (Pembangunan) JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyerahkan uniform sekolah kepada pelajar Orang Asli tahun satu (1) dan tingkatan satu (1) bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru.
 
Pihak jabatan berharap, dengan penyerahan uniform sekolah ini dapat mengurangkan beban ibu bapa pelajar dan meningkatkan lagi semangat murid Orang Asli untuk terus hadir ke sekolah tanpa gagal.
 
Turut hadir, Puan Norazila binti Zakaria, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Hulu Langat.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Langat