OBJEKTIF

  • Mengurangkan bebanan kewangan koperasi Orang Asli untuk meningkatkan produktiviti dan penghasilan output melalui pemberian bantuan input / peralatan yang bersesuaian;

  • Memberi peluang kepada koperasi mendapatkan bantuan peralatan / input bagi menceburi projek-projek ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang tinggi;

  • Menyediakan platform kepada koperasi Orang Asli bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik; dan

  • Memperkasa koperasi Orang Asli sebagai agen yang menguruskan projek / program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

SYARAT PERMOHONAN

  • Koperasi Orang Asli (sekurang-kurangnya 70% ahli koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan sekurang-kurangnya 70% ahli lembaga koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli);
  • Pendaftaran koperasi sah dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

  • Pengurusan koperasi yang memuaskan dan mematuhi Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007);

  • Koperasi bebas daripada disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan atau institusi kewangan yang sah;

  • Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan aktiviti ekonomi di atas tanah yang tidak diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli (Seksyen 6 Akta 134) atau Rizab Orang Asli (Seksyen 7 Akta 134); dan

  • Koperasi mesti disyor dan disokong oleh Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah dan/atau Pejabat JAKOA Negeri

SKOP BANTUAN

Geran dengan nilai maksimum RM25,000.00 per koperasi (dalam bentuk peralatan atau input).

Senarai skop bantuan adalah seperti di lampiran.

KAEDAH PERMOHONAN

Koperasi yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Program SISKOP dan melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (seperti di lampiran). Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pejabat JAKOA Daerah dan seterusnya ke Pejabat JAKOA Negeri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 APRIL 2023 (JUMAAT)

Objektif

  • Memberikan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan;

  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran; dan

  • Meningkatkan pendapatan usahawan melalui peningkatan produktiviti pengeluaran serta kualiti produk.

Nilai & Skop

Geran ini akan diberi dalam bentuk peralatan (nilai maksimum RM5,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

Skop bantuan Quick Win Geran Bantuan Peralatan Usahawan bagi tahun 2023 adalah bagi pembelian atau baikpulih mesin/ peralatan (tidak termasuk peralatan ICT) dan pembekalan input/ bahan mentah bagi pengoperasian perniagaan.

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

  • Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman termasuk perkhidmatan catering, penjaja/ peniaga kecil dan peniaga kopi jalanan

  • Percetakan

  • Automotif seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta

  • Perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan, dandanan dan lain-lain

  • Pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan diberikan kepada industri hiliran daripada produk/ aktiviti pertanian/ asas tani; dan

  • Peruncitan

Syarat-Syarat Permohonan

  • Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas)

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh pegawai JAKOA Daerah/ Negeri

  • Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan

  • Jumlah pendapatan bersih bulanan di bawah RM5,000.00

  • Individu yang telah menerima bantuan geran JAKOA pada tahun 2021 dan 2022 tidak layak untuk memohon bantuan ini kecuali yang terjejas akibat bencana alam.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 APRIL 2023

Sila muat turun dokumen yang diperlukan

Tawaran permohonan kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) telah dibuka. Sila lengkapkan Borang Permohonan Kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Tingkatan Satu Tahun 2023 Secara Atas Talian. Tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Februari 2023. Sila klik di pautan terlampir :- https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?usp=sharing

Sila berhubung dengan Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berhampiran atau menelefon di talian tertera untuk keterangan lanjut :-

1. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor
Tel : 07-224 3901

2. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang
Tel : 09-515 6425

3. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak / Kedah
Tel : 05-254 0009

4. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan / Terengganu
Tel : 09-744 3488

5. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan / Melaka
Tel : 06-763 8815

6. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan
Tel : 03-5519 0375

7. Pejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin Pahang
Tel : 09-414 5053

#jakoamalaysia
#kkdw
#tugasmulia

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP:-

SYARAT PERMOHONAN:
✓ Warganegara Malaysia;
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 30 September 2022;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati pada pautan dibawah.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,
142-C, Jalan Ampang
50548 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2161 0577 ext 204/231
Emel : psm@jakoa.gov.my

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 07 OKTOBER 2022 (JUMAAT)

SILA MUAT TURUN DOKUMEN DIBAWAH :

IKLAN JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP

BORANG PERMOHONAN SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MYSTEP)

Suara Rakyat, nadi Negara! Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Kaji Selidik Bajet 2022 mulai 31 Mei sehingga 17 Jun 2022. Kaji selidik ini bertujuan untuk menerima maklum balas dan cadangan penambahbaikan mengenai bantuan-bantuan di bawah Bajet 2022. Kami amat mengalu-alukan maklum balas anda!

Maklum balas dan komen akan dirahsiakan. KAJIAN INI TIDAK AKAN MEMINTA APA-APA DATA MAKLUMAT PERIBADI/SYARIKAT seperti nama, Kad Pengenalan, nama syarikat atau nombor pendaftaran perniagaan.

Kami amat hargai masa anda untuk melengkapkan kaji selidik ini. Terima kasih.

Salurkan maklum balas anda melalui pautan di bawah:

Bahasa Melayu:

Rakyat : https://budget.mof.gov.my/ms/kajiselidik/rakyat/?utm_source=IA22&utm_content=rakyat_ms
Perniagaan : https://budget.mof.gov.my/ms/kajiselidik/perniagaan/?utm_source=IA22&utm_content=business_ms

Bahasa Inggeris:

Rakyat : https://budget.mof.gov.my/en/survey/rakyat/?utm_source=IA22&utm_content=rakyat_en
Business : https://budget.mof.gov.my/en/survey/business/?utm_source=IA22&utm_content=business_en

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sedang dalam persediaan untuk melaksanakan Pertandingan Kuiz ASEAN 2022. Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian selama (1) bulan bermula 1 hingga 30 Jun 2022.

Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 adalah percuma dan terbuka kepada (2) kategori :-

1. Kategori Murid Sekolah (berumur 15 hingga 17 tahun) yang sedang menuntut di sekolah menengah kerajaan/swasta ;

2. Kategori Terbuka (warganegara Malaysia) berumur 18 tahun dan keatas.

Objektif utama pertandingan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali dalam kalangan generasi muda. Penganjuran pertandingan ini juga adalah bagi mendapatkan tiga (3) perserta terbaik berumur 15-17 tahun bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang akan diadakan oleh negara Myanmar, pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menjalankan aktiviti pengumpulan data di lapangan bagi Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) bermula pertengahan Mei atau awal Jun 2022.
 
Tinjaun ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan status kesihatan Orang Asli di Malaysia. 
 
Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang berminat dijemput untuk menyertai kami adalah amat dialu-alukan bagi jawatan seperti di dalam poster di bawah.
 
Emelkan CV ke alamat: 𝗼𝗮𝗵𝘀.𝗶𝗸𝘂@𝗺𝗼𝗵.𝗴𝗼𝘃.𝗺𝘆
 
Tarikh tawaran : 7 April 2022
Tarikh tutup tawaran : 𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮
 
Sebarang pindaan tarikh akan dimaklumkan kemudian.