Saya yakin lebih ramai masyarakat Orang Asli akan bersetuju menerima vaksin Covid-19 dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila telah mendapat maklumat yang tepat mengenai kebaikan vaksin Covid-19 ini.
 
JAKOA komited untuk terus menyalurkan maklumat yang tepat bagi memastikan masyarakat Orang Asli bersetuju menerima vaksin Covid-19 dan mereka tidak tertinggal dalam mencapai imuniti berkelompok yang menjadi sasaran kerajaan.
 
6 Jun 2021 – YB Dato’ Sri Abdul Rahman b Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB hadir menyerahkan Bantuan Bakul Makanan PKP kepada 35 Ketua Isi Rumah di Kampung Orang Asli Tiat, Cameron Highlands.
 
YB Timbalan Menteri turut melancarkan Program “Orang Asli Pahang Sokong Imunisasi Covid-19” (OAPSIC-19) yang merupakan program kesedaran kepentingan pengambilan vaksin serta pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat Orang Asli Negeri Pahang.
 
Turut hadir menyampaikan bantuan melalui peruntukan ahli parlimen adalah YB Tuan Ramli b Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands.
 
05 Jun 2021(Sabtu) – Pendaftaran dan penyerahan borang vaksin Covid-19 JAKOA Negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, di Pos Titom dan Pos Lenjang, Lipis.
 
Daftar vaksin✅
 
Demi kesejahteraan bersama.
 
#OA PAHANG BERANI
#OA PAHANG SOKONG IMUNISASI
 
5 Jun 2021 – Bantuan Bakul Makanan untuk PKP dah sampai!!
 
Kesemua 62,269 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli akan menerima bakul makanan secara berperingkat bermula hari ini.
 
Lokasi yang dah terima hari ini..29 KOA di Negeri Sembilan, 14 KOA di Melaka dan 1 KOA di Johor.
 
KOA lain akan menyusul.. 😊😊