KOTA BAHRU, 12 April – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengaktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai kepentingan suntikan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak Orang Asli.
 
Timbalan Menteri I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, terdapat 220,000 masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan daripada jumlah itu dianggarkan antara 30 hingga 35 peratus adalah golongan kanak-kanak.
Katanya, selepas Aidilfitri, pihaknya akan berusaha mengatur supaya kakitangan KPLB turun padang bagi menggalakkan masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin.
 
“Jika sebelum ini, masyarakat Orang Asli menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin, namun kekerapan pihak kami turun padang diharap dapat membantu meningkatkan pembabitan mereka dalam Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids).
 
“Jadi, pasukan khas ini perlu diaktifkan kembali kerana ia memainkan peranan penting bagi memastikan masyarakat Orang Asli mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
“Kita bimbang mereka mudah percaya jika membaca atau mendapatkan maklumat tidak betul mengenai suntikan vaksin,” katanya.
 
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pasukan khas berkenaan akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain ketua kampung dan Tok Batin.
“Bagaimanapun, Tok Batin memainkan peranan penting bagi membantu menggalakkan kanak-kanak Orang Asli untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kerana rata-rata masyarakat Orang Asli patuh kepada arahan dan tindakan Tok Batin,” katanya.
 
Sumber: BERNAMA

Sebelum ini, penduduk kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan berdebu kerana ketiadaan jalan berturap.

Projek jalan berturap tar sepanjang 2km ini telah siap dibina pada Oktober 2021 dengan jumlah peruntukan RM126,350.00.

Semoga bantuan infrastruktur ini dapat memberi manfaat dan kemudahan pergerakan kepada lebih 400 orang pengguna di kedua-dua kampung ini.

Kredit: JAKOA Kelantan & Terengganu

#luarbandarsejahtera

#luarbandarluarbiasa

#KeluargaMalaysia

#tugasmulia

#jakoa

IPOH, 11 April 2022 – Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani bin Mohamad bagi membincangkan sesi libat urus bagi kebenaran izin lalu projek membina Jalan Perhubungan Desa (JPD) di KOA Bawong, Kuala Kangsar ke RPS Kemar, Hulu Perak, sepanjang 60KM.
 
Projek pembinaan jalan ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan aksesibiliti yang lebih baik dan selamat kepada seramai 943 Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 4,600 Ahli Isi Rumah (AIR).
 
Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor menyatakan bahawa Jalan Perhubungan Desa yang bakal dibina ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan dan bakal mengurangkan masa perjalanan sedia ada dari KOA Gentes ke RPS Kemar daripada 2 jam 30 minit kepada 1 jam ketika cuaca baik.
 
Disamping itu, pembinaan jalan ini bakal meningkatkan aksesibiliti dan taraf ekonomi penduduk Orang Asli dan secara tidak langsung taraf kesihatan dan pendidikan penduduk Orang Asli dapat dipertingkatkan.
 
Turut hadir serta di dalam mesyuarat ini adalah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Pengarah JAKOA Negeri Perak, Pegawai Daerah Hulu Perak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar.
“Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini, seandainya kita berusaha dan terus berusaha, kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan”.
 
Kata-kata di atas adalah prinsip yang dipegang erat oleh pemenang Anugerah Ikon Orang Asli Kebangsaan 2009, Ir. Ts. Mahat a/l Mat Dong SMP., AAP.
 
Anak jati Sg Lembing dari etnik Jakun, beliau percaya bahawa sekiranya tiada pendidikan, tidak mungkin beliau sampai ke tahap sekarang.
 
Kini, beliau diberikan amanah sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan menjawat tugas Jurutera Mekanikal J48 di Jabatan Pengairan dan Saliran.
 
Mahat percaya dengan konsep beri semula kepada masyarakat (giving back to the society), telah melibatkan diri beliau dengan lebih daripada 80 seminar dan ceramah motivasi kepada Masyarakat Orang Asli.
 
Generasi yang sihat di samping memupuk semangat berani dan semangat kerja berpasukan merupakan harapan beliau kepada belia Orang Asli. 
 
Oleh itu, beliau aktif menganjurkan program-program sukan untuk belia Orang Asli seperti kejohanan futsal, bola sepak dan badminton.
 
“Masyarakat Orang Asli perlu berfikiran terbuka dan berani untuk berubah. Mereka perlu ubah paradigma dengan keluar daripada kepompong kehidupan sekarang ini.
 
Mahat juga menyeru generasi muda atau yang disebut generasi Y Orang Asli tampil merebut peluang yang disediakan pihak kerajaan pada masa ini untuk memajukan diri, keluarga dan kaum mereka.
 
Menurut beliau, jika pun mereka tidak cemerlang dari segi akademik, masih ada pilihan lain seperti bidang kemahiran untuk mereka menjadi usahawan.
 
“Kita mesti berani membuat perubahan, kena berusaha dan mesti sanggup berkorban. 
 
Kita mesti buktikan Orang Asli juga boleh berjaya seperti kaum lain.
 
“Saya harap generasi Y inilah yang akan menjadi generasi pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang untuk sama-sama membantu memajukan masyarakat Orang Asli.
 
“Jangan sesekali kita lupa asal usul kita. 
 
Kalau kita sendiri tidak membantu generasi Y ini, siapa lagi? Hanya kita yang tahu naluri, kehendak dan permasalahan masyarakat kita di kampung,” tegas Mahat.
 
Amat besar hasrat dan impian Mahat bagi masyarakat Orang Asli, tapi tiada apa yang mustahil selagi mana kita percaya dan berusaha sehabis baik.
 
Tahniah Mahat atas usaha bakti anda, semoga terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
KUALA LUMPUR, 8 April – Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan, Ustaz Haryanto Rizal telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk “Ramadhan Yang Dinanti”.
 
Program ini telah dianjurkan oleh Unit Integriti JAKOA berlangsung lebih kurang dua jam dan ditayangkan secara langsung melalui FB Live JAKOA.
 
Semoga program tersebut memberi manfaat kepada semua yang turut serta.