Tasik Banding, Gerik, 31 Januari 2020 – Jakoa Negeri Perak dan Kedah telah menganjurkan Program Pembayaran Dividen dan Penyerahan Bakul Makanan di dua buah perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Banding, Gerik iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kelewang serta Kampung Orang Asli Sungai Tiang.
Program selama dua hari ini telah diketuai sendiri oleh tuan Pengarah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman serta Timbalan Pengarah, Puan Tijah bt Hasan. Di samping dapat menyampaikan bantuan kepada penduduk di sini, kehadiran Tuan Pengarah serta rombongan juga sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada penduduk di sini untuk mengutarakan sebarang permasalahan di kampung selain mengeratkan silaturahim bersama warga jabatan.

Foto : PRO Jakoa Perak & Kedah

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Penguruan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia pengambilan pelajar bagi tahun 2020 laluan khas bagi Pelajar-pelajar Orang Asli. Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi JAKOA Negeri dan Daerah yang berhampiran dengan anda.

#jakoaselangorwp
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை_நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT ) Pengambilan bulan Mac 2020. Terbuka kepada pelajar-pelajar Orang Asli lepasan S.P.M. 2013-2018. Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi JAKOA Negeri dan Daerah yang berhampiran dengan anda.

#jakoaselangorwp
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை_நாடுங்கள்

Muat turun Borang klik di bawah:-

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT-B40/PPT-Bukan B40/PPT-ORANG ASLI/PPT- ATLET)

23 Januari 2020, RPS Kemar, Gerik – Kerajaan Negeri Perak melalui JAKOA Negeri Perak serta melalui kerjasama agensi-agensi seperti RISDA Plantation, Yayasan Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli RPS Kemar, Hulu Perak.
Antara pengisian program pada kali ini adalah penyerahan bantuan bakul makanan, penyerahan bot, lawatan ke ladang Masyarakat bersama RISDA, dialog bersama Batin dan MPKKOA serta penyerahan sumbangan untuk OKU di sekitar RPS Kemar. Program pada kali ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Asmuni b. Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, LUAR Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak.
Turut mengiringi beliau ke program ini ialah Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Pengarah Jakoa Negeri Perak, Puan Tijah Bt Hasan, Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah, Pengarah RISDA Negeri Perak, Pengurus Besar Yayasan Perak, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Perak, Encik Mohd Saad b. Ismail, Pegawai RISDA Daerah Hulu Perak, Wakil Jabatan Agama Islam Perak, Pegawai-Pegawai Kanan Jakoa Negeri dan juga Daerah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Menurut kenyataan PMO, kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.

“Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal,” kata PMO dalam kenyataan itu lagi.

Selain itu, ia berkata, Wisma Putra akan menyelaraskan keputusan itu bersama Kerajaan China.

Dalam pada itu, PMO berkata, Kerajaan Malaysia juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

This Chinese New Year, let us passionately embrace the spirit of the Rat Zodiac which represents wit, alertness, flexibility and vitality.

These positive qualities should be shown by all Malaysians, as we strive for a more vibrant and successful year ahead.

I believe that the Shui (water) element that the zodiac represents is indeed the best representation of how Malaysians should face the challenges ahead.

None other than Bruce Lee once said that the best form a martial art practitioner could take is to become like water, as it always influences its environment. Surrounded by cold, water becomes stronger. Added to coffee, it enhances the flavor. Most importantly, there is calmness in a huge lake and strength in an enormous wave.

Let us take control of how external elements affect our environment this Chinese New Year, especially the negative elements that seek to disrupt our harmonious society.

As Malaysians, our unity is strongest when we ‘become’ water. Let us celebrate this Chinese New Year in the true spirit of the Shui and face our challenges together to make Malaysia a better, stronger nation.

To all who are travelling, I wish you a pleasant and safe journey.

Gong Xi Fa Chai Malaysia, may this Golden Rat year shine brightly upon us all!

(YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy)

Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga tercinta.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

15 Jan 2020, Ibu Pejabat JAKOA – Satu perjumpaan antara Ketua Pengarah JAKOA dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan komuniti Orang Asli. JAKOA dan SUHAKM akan terus bekerjasama agar isu dan masalah yang sedang dihadapi masyarakat Orang Asli dapat diselesaikan secara berperingkat.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Alfatihah – takziah diucapkan kepada ahli keluarga pelajar tahun satu di Johor Bahru, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang telah meninngal dunia disyaki akibat jangkitan influenza. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan tenang di sana.

JAKOA kongsikan artikel berkaitan untuk kita sama-sama dapat mengambil langkah keselamatan perlindungan keluarga kita.

***************************************
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :

Demam
Selesema
Sakit tekak
Batuk
Sakit kepala
Sakit badan
Sukar bernafas
Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
Wanita hamil
Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
Individu obes
Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.

Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

Disediakan oleh:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Januari 2020

#jakoajohorsayangsemua
#orangaslijohor
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Hari ni admin bersama Timbalan Pengarah JAKOA Johor dan Pegawai Kemajuan Orang Asli Johor Bahru telah pergi ke Kg. Orang Asli Sg. Temun di JB.

Tujuan ke sana adalah untuk bersama-sama pihak RTM mengadakan penggambaran berkaitan tarian dan nyanyian Kumpulan Seletar Laut yang terkenal dengan lagu Ketam Bangkang serta beberapa lagu kebudayaan yang lain. Sungguh unik dan hebat!

Kalau ada yang tak pernah lihat persembahan mereka boleh lah datang berkunjung ke kampung ini.
Admin kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Kalau ada yang mahu berkunjung boleh lah menghubungi JAKOA Daerah JB di talian 07-2267627.

Terima kasih
#jakoajohorsayangsemua
#orangaslijohor
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)