JAKOA lantik kontraktor 4WD hantar seribu anak Orang Asli ke sekolah

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) melantik beberapa kontraktor untuk menghantar seramai 1,081 pelajar Orang Asli yang tinggal di pedalaman ke sekolah hari ini.

Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata pelajar dihantar menggunakan 30 buah kenderaan pacuan 4 roda yang melalui jalan balak.

“Walaupun masih ada jalan rosak dan berselut menghubungkan bandar tetapi ia boleh dilalui namun perlu berhati-hati bagi memastikan pelajar terlibat sampai ke sekolah dengan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 511 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 (SMKTIP1) dan SMKTIP2, SMK Seri Wangi, SMK Tengku Bendahara, SMK Bandar Chiku.

Kisah Luar Biasa Tok Batin Ulu Gerik Hadiahkan Motosikal Untuk Tebus Kesilapan Anak Buah

KISAH LUAR BIASA TOK BATIN ULU GERIK HADIAHKAN MOTOSIKAL UNTUK TEBUS KESILAPAN ANAK BUAH

Bili Bin Jali (baju merah) bukan seorang ‘superhero’ filem, tetapi tindakan Tok Batin dari Kampung Orang Asli Ulu Gerik ini menjadikan beliau seorang ‘hero’ dalam menjadi contoh tauladan sebagai seorang pemimpin masyarakat.

Semuanya bermula apabila anak buah dari kampungnya mencuri sebuah motosikal Honda C70 milik seorang penduduk di Kampung Kerunai, Gerik awal bulan lalu.

Bagi menebus kesilapan anak buahnya, Tok Batin Bili telah membeli sebuah motosikal Honda EX5 terpakai berharga RM3,800 dan menyerahkannya kepada mangsa.

Dalam posting Facebook oleh pemilik akaun Tok Janggut Puthih, Tok Batin Bili bagi pihak Kampung Orang Asli Ulu Gerik, turut memohon maaf kepada semua warga Gerik di atas kesilapan pertama anak buahnya untuk membersihkan nama masyarakat kampungnya.

Syabas Tok Batin Bili!

Sumber : Perak Ajerr

Majlis Perjumpaan Bekas Kakitangan Kesihatan Orang Asli di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai

21.12.2019 – Majlis Perjumpaan Bekas Kakitangan Kesihatan Orang Asli telah berlangsung di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai.

Majlis ini telah menghimpunkan bekas-bekas kakitangan kesihatan yang pernah berkhidmat ketika era JOA, JHEOA, JAKOA dan Hospital Orang Asli Gombak yang kini di bawah pentadbiran KKM.

Majlis santai ini memberi peluang kepada semua Bekas Kakitangan Kesihatan Orang Asli untuk bertemu dengan bekas rakan sekerja dan menjalinkan ikatan silaturrahim dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr. Juli Edo dan turut dihadiri oleh mantan Ketua Pengarah JHEOA YBhg. Dato’ Fadzil bin Mahamud dan mantan Ketua Pengarah JAKOA YBhg. Dato’ Haji Mohd Sani bin Mistam.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Permohonan Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Orang Asli (Lelaki) Bagi Tahun 2020

*‼️PERHATIAN‼️*

??‍♂??‍♂??‍♂??‍♂??‍♂

PERMOHONAN EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL POLIS ORANG ASLI (LELAKI) BAGI TAHUN 2020 TELAH DIBUKA. BAGI CALON BELIA ORANG ASLI YANG BERMINAT SILA HUBUNGI JAKOA DAERAH/NEGERI YANG BERHAMPIRAN BAGI TUJUAN PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 FEBRUARI 2020

SYARAT PERMOHONAN

✅Warga Negara Malaysia

✅Berketurunan Orang Asli mengikut Akta 134 (Akta Orang Asli 1954, Pindaan 1974)

✅Berumur 18 tahun sehingga 28 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

✅Lulus PMR / PT3 dengan Kepujian dalam Subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran lain termasuk Subjek Matematik dengan Gred D

✅Tinggi sekurang-kurangnya 163cm tanpa berkasut

✅Berat Sekurang-kurangnya 50 Kilogram

✅Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

✅Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm

✅Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan

✅Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

✅Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Ziarah Pengarah dan Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Johor ke Pusat Latihan Kluang, Johor

Ziarah Pengarah dan Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Johor ke PLK dimana mangsa-mangsa banjir KOA Tanah Runtuh ditempatkan buat sementara waktu. Semoga banjir segera pulih dan semuanya dipermudahkan urusan

16/12/2019

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

#orangaslijohor
#jakoajohorsayangsemua
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Update kawasan penempatan masyarakat OA yang terlibat dengan banjir di Negeri Johor

Selamat petang,
Sehingga ke petang ini JAKOA Johor telah mendapat maklumat banjir di beberapa kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli kita di Johor.

Harap semua bersabar dan berdoa supaya keadaan kembali pulih dan situasi banjir ini dalam keadaan terkawal.

Update KOA terlibat banjir:
KOA Labong
KOA Peta
KOA Segamat Kechil
KOA Tanah Runtuh

Terputus hubungan dan laluan:

KOA Sungai Peroh
KOA Pucur
KOA Kuala Sengka
KOA Air Pasir
KOA Berasau
KOA Sedohok
KOA Tewowoh

Terdapat juga beberapa kampung yg sudah mula dinaiki air seperti di Kampung Dalam, Parit Sulong.

Gambar. : Banjir sekitar KOA Kg Oa Segamat Kecil dan KOA Labong

Kredit. : JAKOA Mersing
JAKOA Segamat

#orangaslijohor
#jakoajohorsayangsemua
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Maklumat banjir di beberapa kawasan yang melibatkan perkampungan OA di Johor

Selamat petang,
Sehingga ke petang ini JAKOA Johor telah menerima maklumat banjir di beberapa kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli kita di Johor.

Harap semua bersabar dan berdoa supaya keadaan kembali pulih dan situasi banjir ini dalam keadaan terkawal.

Update KOA terlibat banjir:
KOA Labong
KOA Peta
KOA Segamat Kechil
KOA Tanah Runtuh
KOA Tg. Tuan

Terputus hubungan dan laluan:

KOA Sungai Peroh
KOA Pucur
KOA Kuala Sengka
KOA Air Pasir
KOA Berasau
KOA Sedohok
KOA Tewowoh
KOA Sg. Tuba

Terdapat juga beberapa kampung yg sudah mula dinaiki air seperti di Kampung Dalam, Parit Sulong.

Gambar. : Banjir sekitar KOA Kg Oa Segamat Kecil dan KOA Labong

Kredit. : JAKOA Mersing
JAKOA Segamat

#orangaslijohor
#jakoajohorsayangsemua
#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.4/2019 di Ibu Pejabat JAKOA

12 Dis 2019, Ibu Pejabat JAKOA – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.4/2019 yang dipengerusikan oleh YBhg Prof Dr. Juli A/L Edo telah diadakan pada 12 Disember 2019. Manakala, pengerusi bagi wakil pekerja Puan Fairus Binti Yahaya telah membentangkan 33 usul bagi menambahbaik khidmat sokongan JAKOA bagi memastikan penyampaian perkhidmatan JAKOA kepada kumpulan sasar di tahap yang lebih cemerlang. Faedah yang diperolehi daripada MBJ ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan di dalam organisasi.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#mbjjakoa
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Rombongan JAKOA Negeri Perak & Kedah yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Harulnizam b. Abd Rahman ke ADTEC Kulim

11 Disember 2019, Kulim – Hasil inisiatif serta nota kerjasama di antara Jakoa Negeri Perak dan ADTEC Kulim, rombongan Jakoa Negeri Perak dan Kedah yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Harulnizam b. Abd Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke ADTEC Kulim. Rombongan ini telah diberikan taklimat oleh Pengarah ADTEC Kulim, Tuan Zulkifle Omar bersama Pegawai-Pegawai Kanan ADTEC Kulim sebelum dibawa meninjau fasiliti-fasiliti yang terdapat di ADTEC Kulim.
Objektif utama lawatan ini dibuat adalah bagi mengenalpasti latihan atau kursus yang boleh ditawarkan oleh pihak ADTEC Kulim kepada masyarakat Orang Asli. Di samping itu, lawatan kerja ini juga dibuat bagi menentukan kesesuian tempat kursus yang turut memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah kursus.
Selari dengan hasrat Kerajaan yang ingin melihat komuniti Orang Asli yang berdaya saing dalam sektor pekerjaan, kerjasama Jakoa – ADTEC ini juga diyakini mampu melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi dari kalangan Orang Asli di mana jangkaan pelaksanaan usahasama ini adalah pada tahun 2020.
Usahasama yang berkonsepkan modul Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET ini juga akan menyasarkan beberapa kursus jangka masa pendek di antaranya ialah Kursus Komunikasi Asas Bahasa Inggeris, Kursus Keperluan Khas Daerah Hulu Perak, Kursus Usahawan, Kursus CIDB, Kursus Masakan, Kursus Membaiki Telefon, Kursus PA System, Kursus Fotografi dan Kursus Asas Komputer.

Foto : PRO Jakoa Perak & ADTEC Kulim

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
#adteckulim

Sumbangan peralatan kraftangan kepada Pn Wet bt Bakil dari KOA Ulu Chuai, Rembau

??????? ????????? ????????

Pn Wet bt Bakil dari Kampung Orang Asli Ulu Chuai, Rembau bersama peralatan yang disumbangkan oleh pihak JAKOA.

Pn Wet merupakan seorang usahawan kraftangan bimbingan JAKOA dan semoga apa yang diusahakan oleh beliau ini akan beroleh kejayaan.

#jakoansm
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan