9 Okt 2019, Kg Stay Redip, Pos Hau, Gua Musang – Program Bersama Rakyat (PBR) siri ke 4 telah diadakan di Kg Stay, Redip Pos Hau. PBR di Kg Stay kali ini disertai JPN Negeri Kelantan, SPR Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Gua Musang. Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan sepanjang 3 hari PBR ini diadakan di Kg Stay, Redip ini. YBrs Ketua Pengarah Prof Dr Juli Edo dalam ucapan penutup Program Bersama Rakyat meminta masyarakat Orang Asli di kg Stay ini memastikan setiap anak-anak Orang Asli mendapatkan pendidikan kerana ia mampu mengubah nasib masyarakat Orang Asli. Beliau juga berpesan agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga kerana pelbagai penyakit boleh berlaku jika kita tidak menjaga kesihatan.

#tugasmulia
#jakoamalaysia
#programbersamarakyat

4.10.2019 – Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2019 telah dilaksanakan secara bersama oleh YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Negeri Melaka dan YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Majlis perasmian ini juga turut memperkenalkan produk kosmetik pertama Orang Asli yang berasaskan madu kelulut dengan jenama Max Mri.

YAB Ketua Menteri mengucapkan penghargaan kepada JAKOA kerana telah memilih Negeri Melaka sebagai lokasi karnival pada tahun ini yang diadakan serentak dengan Tahun Melawat Melaka 2019.

Turut hadir adalah YB Senator Dato’ Isa Ab. Hamid, YB Senator Manolan Mohamad dan YB Ginie Lim Siew Lin (Exco Negeri Melaka).

#jakoamalaysia
#kuoa2019
#tugasmulia

2 Oktober 2019, Kg Orang Asli Sg Kucing, Taman Negara Pahang – Program Bersama Rakyat kali ini telah menjelajah ke Kg Orang Asli Sg Kucing di Taman Negara Kuala Tahan Pahang. Program kali ini diadakan dengan kerjasama pihak JAKIM dan JAIP dan pelbagai aktiviti menarik seperti gotong royong dan sukaneka turut diadakan sepanjang program ini diadakan. Ini merupakan lawatan kali pertama YBrs Prof Dr Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA ke kampung ini.

#tugasmulia
#jakoamalaysia