Daftar sebagai penerima suntikan vaksin dengan kadar segera

Salam sejahtera dan selamat tengahari, berikutan wabak pandemik covid-19 yang semakin menular di kalangan masyarat Malaysia, kami berharap agar seluruh warga Orang Asli mengambil pendekatan untuk mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin dengan kadar segera.
 
Peningkatan kes covid semakin membimbangkan dan kerajaan telah mengambil inisatif untuk mempercepatkan proses suntikan di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, kesempatan ini perlu diambil bagi memastikan seluruh warga Orang Asli menerima suntikan vaksin bagi memantapkan sistem imunisasi seterusnya kita dapat mencapai target kelompok penerima iaitu sebanyak 70% dikalangan rakyat Malaysia untuk memutuskan rantai covid ini.
 
Disertakan panduan untuk mendaftar sebagai penerima suntikan dan marilah kita bersama-sama menjaga SOP, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan menggunakan “hand sanitizer”.
 
Langkah 1:-
klick di bahagian pendaftaran – diatas talian
 
Sila pastikan semua maklumat yang diberi adalah lengkap dan tepat untuk kelancaran proses pendaftaran.
 
* Jika anda adalah pengguna MySejahtera, sila buat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi, ini kerana semua maklumat anda sudah berada di dalam rekod pangkalan data.
 
p/s sekiranya mengalami sebarang kesulitan ketika pendaftaran boleh layari https://www.vaksincovid.gov.my/panduan// untuk sebarang pertanyaan.
 
Kemaskini Terakhir : 20 / 05 / 2021 08:20 AM