Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai KP JAKOA tamat pada 29 April 2021 yang lepas

Salam Sejahtera dan Salam Luar Bandar Sejahtera.
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai KP JAKOA tamat pada 29 April 2021 yang lepas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi kepercayaan menerajui agensi ini selama dua tahun (2019-2021). Ribuan terima kasih juga kepada YBM, YBTM1, YBTM2, YBhg Dato’ Dr KSU, TKSU (P), TKSU (D), ketua agensi-agensi dan seluruh warga KPLB kerana menerima baik saya sebagai rakan sekerja. Saya hanya mampu merancang dan melaksanakan apa yang terdaya, segala ketentuan di tangan Tuhan. Maaf atas segala kelemahan, kesilapan dan kekurangan. Semoga KPLB terus berdaya maju dalam memartabatkan masyarakat luar bandar dan pedalaman.
 
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
 
Ikhlas dari Juli Edo.

Salam Sejahtera dan Salam Luar Bandar Sejahtera. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Tuesday, May 4, 2021
Kemaskini Terakhir : 5 / 05 / 2021 08:33 AM