Doa Untuk Malaysia !!

Doa Untuk Malaysia.
 
Malam ini dengan rendah hati saya merayu kepada semua rakyat Malaysia agar dapat patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kerana 14 hari pertama total lockdown ini adalah sangat kritikal.
 
Varian-varian baru ini sebabkan kadar kebolehjangkitan lebih pantas dan lebih senang tersebar, lagi-lagi kepada warga emas dan kanak-kanak.
 
Walaupun kita telah divaksin, namun kita masih berupaya menyebarkan virus ini sebagai pembawa dan akan menjangkiti anak atau ibu bapa kita tanpa kita sedar. 
 
Sebab itulah jika terpaksa keluar atas urusan penting, wajib patuh kepada SOP yang MKN gariskan.
 
Orang Lepeh, saya berharap kita semua #dudukderumoh dan pastikan kita semua bersedia dari segi fizikal dan mental serta keperluan makan dan minum selama 14 hari di rumah.
 
Semoga kita berjaya landaikan graf kes positif Covid-19 hingga boleh menang melawan gelombang ketiga ini.
 
Kita pernah menang dan mesti akan menang!
 
Kemaskini Terakhir : 29 / 05 / 2021 08:52 AM