DOS Penggalak Vaksin Covid-19 Untuk KOA Punjut

KLUANG, 1 Mac – Seramai 72 penduduk KOA Punjut telah mengambil peluang untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 dengan kehadiran PPV Bergerak Maraliner ke kampung mereka.
 
Untuk memeriahkan majlis sebentar tadi, Pejabat Kemajuan Orang Asli Kluang turut mengadakan sukan rakyat seperti pertandingan tarik upih, boling padang dan motor lambat.
 
Selain itu, terdapat juga demonstrasi masakan tradisional Orang Asli kaum Jakun. Untuk makluman, terdapat 75 KIR dan 284 penduduk bagi KOA Punjut.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap turut hadir bagi menyempurnakan penyampaian bakul makanan dan juga hadiah kepada pemenang sukan rakyat.
 
Turut hadir bersama ialah PKOAD Kluang, Encik Mohd Yazid bin Beram.
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 04 / 2022 12:00 AM