Dua Murid Orang Asli Terpilih Ke Pertandingan Akhir Petrosains RBTX Challenge 2022 Anjuran Petrosains

HEBAT MURID ANAK ASLI PAHANG!
 
Dua murid Orang Asli dari SK Permatang Keledang beraksi hebat apabila terpilih ke pertandingan akhir Petrosains RBTX Challenge 2022 anjuran Petrosains.
 
Tahniah adik Rizwan a/l Supian dan Riezman Shah bin Samsul Nizam dari ROBOTPK1 yang menjadi satu-satunya wakil murid Orang Asli dari 575 pasukan bertanding dari seluruh negara. Bukan itu sahaja malah ROBOTPK1 termasuk dalam 20 pasukan terbaik terpilih ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil pada 11-12 November ini.
 
Doakan kejayaan mereka muncul juara… Rizwan dan Riezman pasti boleh!
 
 
Sumber : FB Yayasan Pahang
Kemaskini Terakhir : 30 / 11 / 2022 11:38 PM