Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Hari Sukan Negara 2021 Peringkat JAKOA

Gombak, 9 Oktober 2021 – JAKOA meraikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan Program berbasikal dan senamrobik yang disertai oleh warga kerja JAKOA di Dewan JAKOA Gombak, Selangor.
 
Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan dalam memeriahkan Sambutan HSN 2021.
 
Program ini di sempurnakan oleh YBrs. Encik Saiful Zahlan bin Muhamad Azmi , Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKOA yang turut menyertai aktiviti berbasikal.
 
Hari Sukan Negara 2021 peringkat JAKOA ini diadakan dengan mematuhi protokol dan SOP penganjuran yang telah ditetapkan.
 
Last Updated : 9 / 10 / 2021 12:26 PM