| | |

PROGRAM BANTUAN GERAN KEPADA KOPERASI ORANG ASLI DI BAWAH JAKOA BAGI TAHUN 2021

Laman Utama » Program Bantuan Geran kepada Koperasi Orang Asli di bawah JAKOA bagi Tahun 2021

1. Perkara

Program Bantuan Geran Koperasi kepada Koperasi Orang Asli di Bawah JAKOA bagi Tahun 2021

2. Objektif Program

  • Memperkasa koperasi Orang Asli selaras dengan Teras Ke-2, Strategi Ke-9, Pelan Strategik JAKOA di mana koperasi Orang Asli merupakan agen yag menguruskan projek/program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.
  • Meningkatkan keupayaan koperasi Orang Asli melalui sumber kewangan atau dana bagi melaksanakan projek-projek / program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.
  • Meningkatkan taraf hidup anggota dan menangani isu masyarakat setempat Orang Asli yang boleh menggunakan koperasi untuk peningkatan diri dan taraf sosioekonomi.

3. Takrif Koperasi Orang Asli

Koperasi Orang Asli bermaksud sebuah koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), mempunyai minimum tujuh puluh peratus (70%) Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang terdiri daripada Orang Asli dan minimum tujuh puluh peratus (70%) ahli terdiri daripada masyarakat Orang Asli.

4. Syarat-syarat Kelayakan Koperasi Orang Asli untuk Permohonan Bantuan

  • Koperasi Orang Asli hendaklah sah pendaftarannya dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • Pengurusan koperasi yang memuaskan dan aktif dalam tempoh tiga (3) tahun serta mematuhi Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007);
  • Koperasi Orang Asli mesti disyor dan disokong oleh Pejabat JAKOA Negeri berkenaan; dan
  • Koperasi Orang Asli adalah bebas daripada disenarai hitam oleh mana-mana Institusi Kewangan yang sah dan Agensi Kerajaan yang lain.

5. Kriteria Projek untuk Permohonan Bantuan

  • Projek / program berimpak tinggi yang dapat memberikan pulangan yang baik kepada Orang Asli secara amnya dan kepada koperasi Orang Asli secara khususnya.
  • Projek / program yang dapat melatih koperasi dalam meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan koperasi Orang Asli.
  • Projek / program yang berdaya saing dan berdaya maju.
  • Projek / program berinisiatif baru (new approach).

6. Skop Bantuan

  • Had maksima bantuan geran adalah lapan puluh peratus (80%) daripada kos keseluruhan projek/program bagi setiap permohonan bantuan geran manakala baki dua puluh peratus (20%) kos keseluruhan projek/program hendaklah ditanggung oleh koperasi.
  • Koperasi Orang Asli boleh memohon lebih daripada satu jenis bantuan seperti yang dinyatakan dengan had maksima keseluruhan bantuan geran adalah sebanyak RM500,000.00.
  • Bantuan Geran kepada koperasi Orang Asli diberikan secara ‘one off’ bagi projek / program seperti berikut:
    1. Bangunan atau Premis Perniagaan
      • Penyediaan infrastruktur asas termasuk bina baru dan kerja-kerja pengubahsuaian bagi bangunan pejabat, premis perniagaan dan tempat di mana aktiviti koperasi yang sedang / akan dijalankan termasuk bangunan pejabat / premis yang disewa oleh koperasi dengan had maksima sebanyak RM500,000.00;
      • Koperasi adalah aktif dalam tempoh tiga (3) tahun dan bangunan / premis adalah hakmilik koperasi; dan
      • Keutamaan adalah kepada koperasi di kluster mikro.
    2. Pembelian Peralatan Pejabat atau Mesin
      • Pembelian peralatan pejabat atau mesin termasuk komputer bagi kegunaan koperasi menjalankan perniagaan dengan had maksima RM200,000.00; dan
      • Bangunan / premis sama ada hakmilik koperasi ataupun bangunan / premis yang disewa.
    3. Projek / Program Ekonomi
      • Pertanian dan Penternakan

Projek ekonomi dalam bidang pertanian dan penternakan termasuk pembelian input-input asas bagi projek berkenaan dengan had maksima RM500, 000.00;

      • Eko-pelancongan / Homestay

Projek-projek berskala besar seperti projek eko-pelancongan / homestay ternasuk menaiktaraf bangunan, pembelian peralatan dan kerja-kerja lanskap dengan had maksima sebanyak RM500, 000.00;

      • Peruncitan

Projek program dalam bidang peruncitan meliputi perniagaan kedai runcit koperasi. Bantuan adalah termasuk permohonan menaiktaraf premis dan pembelian peralatan dengan had maksima sebanyak RM500, 000.00;

      • Program Promosi

Program promosi koperasi termasuk percetakan brosur / flyers dan penyertaan dalam ekspo / carnival dengan had maksima sebanyak RM500, 000.00; dan

      • Koperasi adalah aktif dalam tempoh tiga (3) tahun dan bantuan hanya tertakluk kepada modal awalan sahaja.

4. Program Pembangunan Modal Insan

      • Kursus / latihan kepada ALK dan ahli koperasi termasuk lawatan sambil belajar; dan;
      • Bantuan adalah tertakluk kepada jumlah ahli dan penyertaan kursus / latihan.

7. Cara-cara untuk Memohon

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JAKOA Negeri melalui JAKOA Daerah; dan
  2. Pemohon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
    • Surat permohonan bantuan daripada koperasi;
    • Kertas kerja projek;
    • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang disahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
    • Salinan Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum Of Articles;
    • Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan terkini;
    • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pengerusi Koperasi;
    • Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga (3 Mesyuarat);
    • Salinan Minit Mesyuarat Agung (mesyuarat yang terkini);
    • Penyata Bank (6 bulan terkini);
    • Dokumen lain yang menyokong seperti surat kebenaran badan / agensi yang berkuasa atau berkaitan, surat ikatan / perjanjian sewaan antara dua pihak, lesen perniagaan, lesen-lesen berkaitan dan lain-lain; dan
    • Maklumat / gambar – gambar sokongan berkaitan projek.

8. Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dihantar bermula sekarang sehingga pada atau selewat-lewatnya 15 April 2021.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan;

  • Pejabat JAKOA Daerah;
  • Pejabat JAKOA Negeri; dan
  • Unit Ekonomi dan Koperasi,

Bahagian Pembangunan Sosioekonomi,

JAKOA Ibu Pejabat

 

Kemaskini Terakhir: 7 / 06 / 2021 03:30 PM

Skip to content